USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC TURUN PADANG LAWAT PTJ USM

IMG 9687

USM, PULAU PINANG, 19 April 2016 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Omar Osman turun padang melalui program Walkabout untuk bertemu dengan warga beberapa buah Pusat Tanggungjawab (PTJ) USM semalam.

Ini adalah kesinambungan daripada perjumpaan dan lawatan ke pusat-pusat tanggungjawab sebelum ini.

Semalam juga Omar turut melawat Perpustakaan Hamzah Sendut (PHS) 1 dan 2 serta mengadakan perbincangan tentang beberapa isu bersama-sama warga USM di sana secara terus dan meneliti perkara-perkara penambahbaikan yang boleh dinaik taraf untuk keselesaan pelajar dan lebih efisyen.

IMG 9707h

Beliau turut menasihatkan staf USM supaya sentiasa menjalankan kerja dengan amanah dan bertanggungjawab serta menyelia aset-aset universiti dengan baik agar tidak akan timbul masalah apabila audit negara datang melawat kelak.

Naib Canselor turut melawat Pusat Pengajian Sains Matematik dan Pusat Pengajian Sains Kimia serta bertemu staf akademik dan pentadbiran selama hampir dua jam untuk membincangkan beberapa perkara yang dilihat mampu memberi impak yang positif dalam bidang akademik di USM.

Ini termasuklah kemungkinan meluaskan jaringan penawaran program pengajian USM ke luar negara dan menawarkan program-program yang memberi nilai tambah seperti program pengajian berkembar dan sebagainya.

IMG 9765h

IMG 9768b

Yang turut sama dalam kunjungan ini ialah Pengarah Pejabat Aset dan Operasi Universiti, Nazru Ismail dan Pengarah Pengurusan Canselori, Mohd Saad Haji Din.

Minggu lalu, Omar bersama-sama pengurusan tertinggi USM turut mengunjungi Kampus Sains@USM di Bukit Jambul untuk melihat pembangunan Pusat Inkubasi dan juga mengunjungi Pusat Sukan dan Rekreasi USM untuk melihat kemudahan-kemudahan terkini yang ada.

Sebelum ini, beliau turut mengadakan kunjungan ke beberapa buah kafetaria USM untuk bertemu pelajar dan melihat dari dekat operasi yang dijalankan dan mendengar sendiri pandangan warga kampus terutamanya pelajar.

Teks: Syuhada Abd. Aziz / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1104

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024