USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

OUTDOOR CHALLENGE PUPUK SIFAT KEPIMPINAN SISWA

PULAU PINANG, 19 April 2016 – Program riadah ‘Outdoor Challenge’ dengan sajian pelbagai acara ketahanan diri menjadi platform dalam memupuk semangat dan tanggungjawab dalam diri siswa, selain membantu mereka menonjolkan sifat kepimpinan dalam pasukan.

Program anjuran Persatuan Biosociety Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama pihak Jerejak Rainforest Resort, Jerejak Island itu akan diadakan pada 23 April ini dan mensasarkan penglibatan siswa-siswi USM khususnya yang mempunyai minat yang tinggi dalam aktiviti lasak.

Pengarah Projek, Shahid Dzayudin berkata, pihaknya masih membuka peluang untuk para peserta mendaftarkan diri dan bersama-sama menjayakan acara yang turut menjadi medan dalam menguji ketahanan dan jati diri siswa-siswi.

“Selain itu, ianya juga diharapkan agar dapat merapatkan hubungan antara siswa melalui aktiviti riadah dan bersukan yang dijadualkan di dalam aktiviti sepanjang program ini kelak.

“Saya berharap agar objektif dan tujuan utama program ini dapat dicapai. Semoga ianya dapat memberi impak positif kepada mereka yang bakal menyertainya,” jelasnya.

Tambahnya, peserta akan dibahagikan kepada empat kumpulan utama dan diberikan tugasan untuk dilaksanakan sepanjang hari tersebut. Semangat berpasukan sewaktu melaksanakan tugasan amat penting kerana selain daripada ingin memenangi pertandingan, pemarkahan kerjasama antara kumpulan juga akan diambil kira.

Setiap peserta juga bakal diuji dengan pelbagai halangan yang mencabar seperti Archery, Wall Climbing, Mad Bull Race, Tug of War, Water Race, Sand Art dan Selfie Challenge.

Pada hari kejadian, peserta dikehendaki berkumpul pada jam tujuh pagi di Padang Kawad USM untuk bertolak ke jeti Pulau Jerjak.

Mana-mana individu yang berminat untuk menyertai acara ini boleh menghubungi Shahid di talian 012-6813192 dan Rohani, 017-5676991. Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM65 seorang.

Teks: Nur ‘Izzah Atira bt Muhamad Nazmi (Pelajar Internship USM)

  • Created on .
  • Hits: 749

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024