USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

FUN RIDE MERIAH, TARIK 300 PESERTA

PULAU PINANG, 19 April 2016 – Program berbasikal Fun Ride 2016 yang diadakan bersempena program Saujana Women’s Day, anjuran Sekretariat Eco-Desa Saujana dari Desasiswa Saujana, Universiti Sains Malaysia (USM) berlangsung dengan meriahnya dan disertai oleh lebih 300 peserta dari dalam dan luar USM, baru-baru ini.

Fun Ride 2016 yang bertemakan ‘Meneroka USM Bersama Mahasiswa’ membawa peserta beriadah dengan mengelilingi kampus USM dengan jarak sejauh 15km sambil menikmati keindahan landskap Universiti Dalam Taman, yang menjadi daya tarikan USM sejak sekian lama.

Pengarah Projek, Nadhirah Abdul Kadir berkata, tujuan Fun Ride 2016 yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Basikal Bukit Pulau Pinang diadakan untuk menggalakkan orang ramai termasuk pelajar mengamalkan gaya hidup sihat dengan berbasikal serta mengeratkan hubungan antara peserta.

Selain memperolehi sijil penyertaan, peserta Fun Ride 2016 turut berjaya membawa pulang 37 hadiah cabutan bertuah yang terdiri daripada dua tiket pengidapan hotel di Pulau Pangkor bernilai RM1100, hamper, baucer Muzium 3D, lampu dan helmet mountain bike.

Saujana Women’s Day yang telah berlangsung dari 15 hingga 17 April turut menyediakan aktiviti lain, antaranya pertandingan mewarna, zumba, derma darah, pertunjukan fesyen, pemeriksaan kesihatan dan ‘beauty & brain challenge’ dengan  kehadiran orang ramai sekitar 800 orang.

Teks: Aishah Hanis Azmi (Pelajar Internship USM)

  • Created on .
  • Hits: 736

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024