JEMPUTAN MENGHADIRI KURSUS ASAS PEMBUATAN KOMPOSIT (FIBERGLASS)
Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Universiti Sains Malaysia (USM) menjemput para penyelidik, pelajar, orang awam serta, sesiapa yang berminat dalam pembuatan komposit untuk menyertai Kursus Asas Pembuatan Komposit (Fiberglass).
Kursus ini akan dijalankan di Makmal Komposit, Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Aeroangkasa, Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 1 dan 2 Jun 2016.
Kursus 2 hari ini akan memberi pendedahan kepada peserta berkenaan komposit dan fiberglass.
Sesi teori seperti pendedahan kepada bahan yang digunakan untuk aplikasi komposit dan fiberglass akan diadakan pada hari pertama dan seterusnya sesi praktikal akan dijalankan sehingga hari kedua dibantu oleh tenaga pengajar berpengalaman dari makmal tersebut.
Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan dengan bahan yang terlibat dalam komposit, langkah langkah keselamatan dan kesihatan, teknik dan aplikasi penggunaan fiberglass untuk pembuatan.
Output yang ingin dicapai bagi kursus ini adalah memberi pendedahan kepada peserta mengenai teori dan aplikasi bahan komposit dalam pelbagai industri, memberi pendedahan praktikal dalam pembuatan asas komposit fiberglass dalam penghasilan produk, mengajar teknik dan kemahiran asas dalam pembuatan bahan komposit.
Pertanyaan lanjut hubungi Bahagian Hal Akademik Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik, Dr Mohd Shukur Zainol Abidin (045995965)/(
Untuk pendaftaran hubungi Che’ Fauziah Hanim Mohd Saad (045995951)/(
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 855