USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

AWAS FOKUS KEPADA PERUBAHAN SIKAP DAN PEMBINAAN KARAKTER PEMANDU

13062637 1192494650783390 863773590 o

PULAU PINANG, April 2016 - Kerajaan akan memperkenalkan dan melaksanakan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) iaitu gabungan antara Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan sistem pemberian Mata Demerit Kejara bagi perubahan sikap dan pembinaan karakter pemandu jalan raya.

Demikian kata Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ Malaysia, Dato’ Valluvan a/l Veloo ketika berucap dalam Seminar Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di Pusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia (USM), di sini baru-baru ini.

“AES adalah satu sistem yang menggunakan kamera AES untuk memantau kemalangan dan kesalahan jalan raya. 14 kamera AES telah dipasang buat masa ini dan akan ditambah lagi secara berperingkat-peringkat,” katanya.

Tambahnya lagi, Sistem Mata Demerit Kejara merupakan satu sistem yang mengenakan mata demerit ke atas kesalahan lalu lintas dan penalti tersebut boleh diselesaikan dengan membayar kompaun atau membayar denda di mahkamah.

13054700 1192493864116802 501868289

13062738 1192495040783351 1794872662 o

“Pemandu yang kali pertama mengumpul 20 mata demerit akan diberikan amaran, 20 mata demerit seterusnya akan digantung lesen manakala 20 mata demerit untuk kali ketiga akan dibatalkan lesen memandu,” jelasnya.

Valluvan berkata Sistem AWAS ini bertujuan untuk mengurangkan kemalangan di samping mendisiplinkan pemandu jalan raya dan tidak hanya menfokuskan kepada denda.

“Insentif berkelakuan baik akan diberikan kepada individu yang tidak melakukan sebarang kesalahan demerit dalam tempoh satu tahun maka 50% daripada mata yang terkumpul akan dikurangkan. Mata demerit akan dihapuskan sekiranya individu tidak melakukan kesalahan demerit dalam masa 2 tahun berturut-turut untuk memberi galakan kepada pemandu yang berniat untuk mengubah sikap atas kesilapan jalan raya yang dilakukan,” katanya.

Tambahnya lagi, Malaysia antara 20 negara yang mempunyai kadar kemalangan jalan raya yang tinggi dan sikap pemandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan jalan raya.

13054510 1192494044116784 1001879126 o

Valluvan berkata penguatkuasaan tidak hanya melibatkan penguasa dan agensi semata-mata, penglibatan masyarakat adalah diperlukan untuk memastikan isu keselamatan jalan raya terus dititikberatkan.

Menurutnya lagi, 300 ribu orang telah menyertai Skuad muda satu JPJ sejak ia dilancarkan pada tahun 2014 dan memegang kepada empat prinsip iaitu keprihatinan terhadap keselamatan jalan raya, bersifat sukarela, patriotik, serta perpaduan.

Turut hadir dalam seminar ini yang memberikan pendedahan sebelum sesuatu dasar dan penguatkuasaan dilakukan ialah Pengarah Pusat Transformasi Insan, Dato' Al 'Ustaz Haji Ellias Bin Zakaria, Penguasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, wakil-wakil jabatan dan pelajar USM.

Teks: New Gaik Siew (Pelajar Internship USM)

  • Created on .
  • Hits: 1008

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024