USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MESRA SISWA PERDANA LATIH PELAJAR KHIDMAT SOSIAL

IMG 20160417 WA0040

KUBANG KERIAN, 17 April 2016 – Parlimen Ketereh dengan kerjasama Institusi universiti awam dan swasta menganjurkan Program Mesra Siswa Perdana 2016 yang berlangsung dari 16 hingga 19 April 2016.

Program ini bertujuan melatih pelajar merasai kehidupan sebenar masyarakat kampung dengan menjalankan pelbagai aktiviti tradisional seperti mencari ‘Etok’, membuat Wau, bergotong-royong, dan menceriakan kawasan sekolah.

Menurut Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Seri Panglima Annuar Haji Musa, program ini merupakan latihan kepada pelajar bersama-sama melibatkan diri memberi sumbangan tenaga kepada masyarakat.

Para pelajar dibahagikan kepada keluarga angkat dalam kawasan Parlimen Ketereh dan menjalankan aktiviti bersama-sama keluarga angkat yang telah diberikan.

IMG 20160417 WA0037

“Penglibatan pelajar dalam program ini adalah salah satu usaha untuk memberi peluang mereka menjalani aktiviti luar kampus dan cakna kepada masyarakat sekeliling,” katanya semasa Program Penyerahan Sijil Penyertaan kepada pelajar diadakan di Sekolah Kebangsaan Perol, Ketereh.

Tambah Annuar lagi, program ini juga dapat menjalinkan hubungan sesama pelajar dari 23 Universiti, antaranya ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Sementara itu, pelajar USM Kampus Induk, Che Noor Shafina Che Noh berkata, Mesra Siswa Perdana memberi peluang kepadanya untuk mengenali dan memahami aktiviti sosial penduduk kampung.

“Saya berasa sangat bersyukur kerana terpilih menyertai program ini, selain dapat berkhidmat kepada masyarakat, saya juga dapat belajar dan mengetahui budaya masyarakat Kelantan.

IMG 20160417 WA0038

“Saya juga sangat seronok kerana dapat menjalani pelbagai aktiviti menarik dan dapat menambah kenalan daripada seluruh Universiti di Malaysia,” katanya.

Tambah Syafina, program ini juga menjadi platform kepada mahasiswa untuk bertukar-tukar pandangan dan idea dalam pembelajaran dan ilmu pengetahuan.

Teks: Siti Nur Zainab Md. Nor & Wan Nurul Azreen wan Abdul Aziz (Pelajar Internship UUM) / Foto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

  • Created on .
  • Hits: 888

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024