USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PUSAT ISLAM USM BANTU PENGANJURAN KULIAH PENGAJIAN ISLAM DALAM BAHASA TAMIL

HadisClassTamilUSM1

USM, PULAU PINANG, 17 April 2016 – Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) akan mengadakan kuliah pengajian Islam dalam bahasa Tamil secara berterusan pada hari Ahad minggu pertama setiap bulan untuk komuniti yang berminat bertempat di Masjid Al-Malik Khalid USM.

Menurut Penolong Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Zayd Zhari, komuniti Islam Pulau Pinang yang boleh berbahasa Tamil mengucapkan ribuan terima kasih kepada USM yang meluluskan dan memberi sokongan kepada Program Kelas Hadis Al-Bukhari dalam bahasa Tamil yang diadakan ini. 

"Diilhamkan oleh Pengetua Madrasa Darul Ulum Daudiyah Ustaz Habib dan Pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer Dr. Ibrahim Venkat, inisiatif ini adalah suatu yang unik demi kelangsungan memartabatkan penggunaan bahasa Tamil dalam pengajian Islam," kata Zayd.

HadisClassTamilUSM2

Tambahnya, Imam Besar Masjid India Kuala Lumpur, Ustaz Maulana Al-Hafiz S.S. Ahmad Baqavi telah bersetuju untuk mengendalikan kursus bulanan ini.

Zayd juga telah merasmikan kelas pertama kuliah ini yang diadakan pada 3 April 2016 yang lalu dan dihadiri seramai 200 orang peserta.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan kuliah ini bolehlah menghubungi kaunter am Pusat Islam USM di talian 04-6533753.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 953

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024