LARIAN AMAL COLOUR RUN DI USMKK
KUBANG KERIAN, 15 April 2016 – Persatuan Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian (MEDSOC) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Desasiswa Nurani (MPDN) akan mengadakan larian amal iaitu ‘Miles for Yokuk- Colour Run’ pada 7 Mei 2016 yang akan datang.
Larian tersebut akan diadakan di dalam USMKK, bermula di Kompleks Sukan II pada jam 6.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Lapan kategori akan diadakan mengikut umur, jantina dan jarak larian. Bayaran penyertaan adalah antara RM15 hingga RM25 berserta sijil penyertaan dan makanan.
Pengarah Projek, Izzat Arif Ibrahim, berkata, tujuan program ini diadakan untuk mengutip dana kebajikan yang akan disalurkan kepada badan amal Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) di Kelantan. Program ini terbuka kepada masyarakat dan mereka menyasarkan penyertaan seramai 400 orang pada hari tersebut.
Bertemakan ‘Colour Run’ yang pertama kali diadakan di USMKK, program ini mampu mencari kelainan dan keunikan bagi menarik lebih ramai penyertaan. Peserta akan diberikan baju bewarna putih dan 200 warna berbentuk serbuk yang boleh dilemparkan ketika larian diadakan.
“Kami mengharapkan peserta dapat bergembira sambil beramal sewaktu menyertai program ini. Selain itu, ia sebagai misi untuk menimbulkan kesedaran dalam masyarakat dan golongan muda untuk peka terhadap kebajikan golongan kurang upaya ini,” katanya.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Fariha di talian 017-9502492 atau Rini di talian 017-5089422.
Teks: Nur ‘Izzah ‘Atira bt Muhamad Nazmi (Pelajar Internship USM)
- Created on .
- Hits: 1127