USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

FORUM KUPAS ISU NEGARA MENJELANG TAHUN 2020 DAPAT SAMBUTAN MAHASISWA

USM PULAU PINANG, 15 April 2016 - Forum bertajuk 2020 : Bersediakah Malaysia Menjadi Negara Maju yang berlangsung kelmarin telah membuka minda para hadirin yang memenuhi Dewan Persidangan Siswa Universiti Sains Malaysia (USM) tentang cabaran yang bakal ditempuhi menjelang tahun 2020.
 
Ahli Panel yang terlibat adalah Pengarah Bahagian Penyelidikan Institut Penyelidikan Khazanah Malaysia Dr. Muhammed Abdul Khalid dan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM Dr. Pathiban S.Gopal.
 
Menurut pengarah projek yang juga moderator, Mohamad Iberahim Mohd Kifri, forum ini lebih memberi fokus kepada perkongsian berbentuk ilmiah dan bebas.
 
Katanya, ahli panel banyak mengupas berkaitan isu-isu semasa di dalam negara dan adakah Malaysia mampu untuk merealisasikan hasratnya untu menjadi sebuah negara maju kelak. 
 
"Forum juga kebanyakan menjurus kepada perbincangan berkaitan indikator negara maju iaitu adakah Malaysia mematuhi indikator-indikator yang diukur, ketidakseimbangan dan keadaan kemiskinan di Malaysia, polisi pencukaian di Malaysia, cukai barang dan perkhidmatan (GST), kematangan berfikir individu di malaysia, soal kesejahtaraan rakyat Malaysia dan lain-lain isu terkini," jelas pelajar PP Sains Kemasyarakatan ini.
 
Seramai 100 lebih hadir ke forum ini.
 
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
  • Created on .
  • Hits: 707

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024