USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR PRA-U USM HARUMKAN NAMA USM DI i-ENVEX 2016

iENVEX 2016

KANGAR, 13 April 2016 – Penyertaan tiga kumpulan inovasi dari Kolej MARA Kulim yang juga Pra-Universiti, Universiti Sains Malaysia (USM) di Pameran Reka Cipta Antarabangsa (i-ENVEX) 2016 berjaya membuahkan hasil apabila berjaya menggondol emas di Pameran Reka Cipta Antarabangsa (i-ENVEX) 2016 yang diadakan di Perlis.

Kumpulan inovasi tersebut yang mempertaruhkan tiga buah projek, 'Nephelium Kelulut Coffee', 'Shrimp Shell (SS) Waste as Low Cost Absorbent for Used Oil Removal' dan 'Signal S-Jacket' berjaya menambat hati juri sekaligus meraih emas pada pertandingan itu.

Menurut Pengarah Kolej MARA Kulim, Tuan Haji Zol Hamidy Che An, ini merupakan pencapaian yang amat membanggakan buat Kolej, USM dan MARA apatah lagi pertandingan ini melibatkan penyertaan peringkat antarabangsa.

Nephelium kelulut coffee

"Kejayaan ini dapat ditempa dengan izin-Nya beserta usaha gigih kumpulan inovasi muda ini di samping menerima khidmat nasihat dan tunjuk ajar dari Universiti Sains Malaysia (USM)".

Pertandingan ini melibatkan lebih daripada 400 penyertaan dari dalam dan luar negara seperti Indonesia, Kemboja, Romania, Korea, Taiwan, India, Egypt, Croatia, Iraq, Filipina dan lain-lain.

Tambahnya, kejayaan yang diraihkan ini sedikit sebanyak menyuntik semangat penyelidik muda yang lain bagi mencipta kejayaan demi kejayaan, seterusnya mengharumkan nama USM dan MARA di persada antarabangsa.

Hadir merasmikan majlis dan menyampaikan hadiah di pertandingan tersebut adalah D.Y.T.M., Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

i-ENVEX 2016 merupakan anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Malaysian Invention & Design Society (MINDS), Malaysian Research & Innovation Society (Myris), ENVEX Young Researcher Club (EYReC), World Invention Intellectual Property Associations (WIIPA) dan International Federation of Inventors Associations (IFIA).

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 1514

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024