USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

UNIVERSITI MENYUMBANG KEPADA PELAKSANAAN AGENDA TRANSFORMASI NEGARA

IMG 0066n

USM, PULAU PINANG, 11 April 2016 – Universiti mempunyai peranan dan sumbangan yang sangat signifikan dalam melaksanakan agenda transformasi negara.

Penghasilan bakat yang berkualiti tinggi dan berilmu merupakan salah satu faktor penentu kejayaan Malaysia ke arah masa hadapan mencapai status negara maju berpendapatan tinggi yang inklusif dan lestari.

Demikian kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal yang menyeru agar seluruh warga universiti mengekalkan momentum kejayaan yang ada dan melakukan pengislahan dengan terus menjalankan usaha-usaha penyuburan semula tamadun ilmu ke arah mengangkat martabatnya.

IMG 9124j

“Kejayaan Universiti Sains Malaysia (USM) yang diangkat sebagai universiti APEX pada tahun 2008 telah memberi peluang untuk memposisikan dirinya dalam trajektori yg tepat,” katanya lagi ketika menyampaikan Syarahan Perdana ‘CEO Faculty Programme’ kepada kira-kira 2,000 orang yang memenuhi Dewan Tuanku Syed Putra USM pagi ini.

Tambah Mohamad Zabidi, untuk mengekalkan kelestarian sebuah universiti seperti USM bukanlah mudah. Tanpa usaha dan komitmen padu seluruh warganya, USM tidak mampu berada di tahap yang membanggakan seperti mana yang dilihat pada hari ini.

IMG 9055g

IMG 9021j

IMG 9076j 

“Atas dasar ini, saya mengajak seluruh warga USM agar terus mengekalkan momentum kejayaan  ini dan mengukir kegemilangan sebagai salah sebuah universiti penyelidikan yang tersohor bertaraf dunia,” katanya yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun.

Beliau telah membentangkan usaha transformasi perkhidmatan awam yang dilakukan selama ini dengan memberi contoh-contoh kejayaan yang nenunjukkan pencapaian cemerlang dan dianggap terbaik di dunia.

Katanya, penjawat awam juga perlu lebih bertanggungjawab dalam perkhidmatan demi rakyat dan negara.

"Malah kita sedang melaksanakan pembangunan kepimpinan yang berasaskan lautan biru yang menekankan kepada usaha kepimpinan yang mementingkan proses penyampaian untuk rakyat dengan cekap dan berkesan serta berprestasi tinggi," tegas Mohamad Zabidi.

jpa 2

Kata Zabidi, kejayaan inisiatif melalui transformasi yang dilaksanakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sejak tahun 2013 menyaksikan setiap perbelanjaan yang dilaburkan haruslah diakhiri dengan keberhasilan dan Blue Ocean Leadership (BOL) merupakan inisiatif terkini yang akan diimplementasikan oleh JPA dalam meningkatkan mutu perkhidmatan awam di negara ini.

Beliau turut menjawab beberapa soalan daripada mereka yang hadir.

Terdahulu,  Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman menganggap Syarahan Perdana ini merupakan salah satu aktiviti ‘turun padang’ oleh barisan kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam untuk mendekati penjawat awam dan orang ramai  serta meraikan prinsip baharu demi memastikan perkhidmatan awam akan sentiasa relevan melalui proses penyampaian yang cepat dan tepat dalam memenuhi kehendak kumpulan sasaran.

jpa 3

“USM menyokong penuh dan komited terhadap usaha ini termasuk dengan penubuhan Pusat Inovasi dan Produktiviti Perkhidmatan Awam (PIPPA) yang sentiasa berusaha menzahirkan dan merealisasikan hasrat murni ini,” kata Omar ketika menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Syarahan Perdana tersebut.

Jelasnya, kehadiran KPPA mencerminkan kepentingan libat sama di antara kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam dan penjawat awam dan ini amat penting dalam proses transformasi perkhidmatan awam negara.

Yang hadir sama dalam majlis ini, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dato’ Seri Haji Farizan Darus, Pegawai Kemajuan Negeri Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Syed Shaari Syed Abdullah, Timbalan-timbalan Naib Canselor USM serta pegawai utama universiti.

Teks: Syuhada Abd. Aziz / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

 
  • Created on .
  • Hits: 1119

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024