USM RAIH TEMPAT KETIGA KEJOHANAN HOKI MAKSAK 2016
PULAU PINANG, 9 April 2016 - Pasukan Hoki Universiti Sains Malaysia (USM) yang dibarisi staf pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) telah memperoleh tempat ketiga dalam Kejohanan Hoki MAKSAK Peringkat Negeri Pinang 2016 hari ini.
Pasukan USM dibarisi oleh Ubaidillah Ozmin (Unit Audit), Ahmad Hazran Yusof Hamdani (Jabatan Bendahari), Mohd Azrihan Mohd Arif (Unit Audit), Mohd Suhaimi Abd Rahaman (Desasiswa Bakti Permai), Mohd Khairi Aziz (Pusat Sukan), Hairul Fitri Ahmad (Jabatan Pembangunan), Mohd Fahmi Nasir (Pejabat Perundangan) dan Mohd Fauzan Jali (PP Kejuruteraan Aeroangkasa)
Menurut Ahmad Hazran Yusof Hamdani,
setiap pemain telah memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian yang terbaik di atas padang sepanjang kejohanan ini.
"Walau pun hanya dua kali sahaja perlawanan persahabatan diatur sebelum kejohanan ini, keserasian bermain sebagai satu pasukan antara pemain terserlah apabila pasukan hoki staf USM berjaya layak hingga ke separuh akhir sebelum tewas kepada pasukan PESCA C," katanya.
Sementara itu, ketua pasukan, Mohd Suhaimi Abd Rahaman pula berkata, para pemain telah menunjukkan permainan yang cemerlang untuk kejohanan ini dan kejohanan ini merupakan salah satu persediaan awal bagi menghadapi pasukan TNB PSHA dalam Liga Hoki Pulau Pinang 2016 yang akan berlangsung pada pertengahan April 2016 nanti.
USM juga bertuah kerana baru-baru ini padang Stadium Hokinya menerima pengiktirafan antarabangsa dari Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).
Pertandingan akhir kejohanan yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian Pulau Pinang telah mempertemukan pasukan TUDM A menentang PESCA C yang dimenangi TUDM A dengan jaringan 2-1.
Sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan ini iaitu USM, PESCA A, PESCA B, PESCA C, TUDM A, TUDM B, MPSP dan MBPP.
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Mohd Azrihan Mohd Arif
- Created on .
- Hits: 1134