USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MINGGU KESIHATAN SEDUNIA: USM SAJIKAN PELBAGAI PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN

UTK BANNER WEBSITE

USM, PULAU PINANG, 8 APRIL 2016 – Sempena Minggu Kesihatan Sedunia 2016 yang bakal diraikan pada minggu hadapan, Universiti Sains Malaysia (USM) tidak terkecuali dengan penganjuran pelbagai program dan aktiviti kesihatan bermula 11 April 2016 sehingga 15 April 2016.

Program anjuran Pusat Sejahtera Universiti Sains Malaysia (USM) yang bertemakan “Elakkan Diabetes!” bakal menyajikan program-program menarik untuk warga kampus dan orang ramai, di samping memperoleh ilmu kesihatan malah turut melakukan amal kebajikan seperti menderma darah.

Pengarah Pusat Sejahtera USM, Dr. Normala Abdul Wahid berkata, beliau amat berharap seluruh warga kampus termasuk masyarakat luar dapat meluangkan masa hadir ke Pusat Sejahtera untuk bersama-sama memeriahkan hari kesihatan sedunia.

“Saya mengalu-alukan kehadiran semua dan berharap orang ramai rebutlah peluang untuk memperolehi info dan ilmu bermanfaat berkenaan kesihatan apatah lagi kita pada zaman ini dikelilingi dengan risiko pelbagai penyakit berbahaya terutamanya diabetes,” katanya.

Tambahnya, antara aktiviti menarik adalah jualan makanan sihat, pameran kesihatan, pemeriksaaan kesihatan mata percuma, menderma darah, penerangan kawalan tekanan darah dan ceramah-ceramah kesihatan yang amat berguna.

“Tahun ini kita menjemput beberapa orang tenaga pakar dalam bidang penyakit kronik untuk menyampaikan ceramah, antaranya, Profesor Dr. Mohamed Azmi Ahmad Hassali dari Pusat Pengajian Sainns Farmasi yang akan memberikan ceramah bertajuk Diabetes & Penggunaan Ubat-Ubatan Secara Berkualiti.”

Kita juga menjemput Pakar Dietition dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Yusfizahani Md. Yusuff yang akan menerangkan cara diet yang berkesan terutamanya kepada pesakit menghidap diabetes.

Dr. Safari Elis, pakar Kardiologi dari KPJ Seberang Perai turut akan menyampaikan ceramah berkenaan ‘Hypertension and Heart Disease – Facts and Advice’ manakala Dr. Lim Shueh Lin, pakar Endorkrinologi dari Hospital Pulau Pinang akan menyampaikan ceramah “Management of Diabetes Today”.

Normala berharap warga kampus dan orang ramai dapat hadir ke Pusat Sejahtera untuk memanfaatkan segala ilmu berkenaan penjagaan kesihatan demi kelestarian dan kesejahteraan kesihatan bersama.

Maklumat lanjut berkenaan perkara ini, sila layari laman web http://www.pusatsejahtera.usm.my/index.php/ms/ atau bolehlah menghubungi talian 04-6534941 atau 04-6534939 untuk penerangan lebih lanjut.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 1539

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024