JEMPUTAN PENYERTAAN SIMPOSIUM KIMIA ANALISIS MALAYSIA KE-29 (SKAM29)
Universiti Sains Malaysia (USM) telah diberi penghormatan oleh Persatuan Sains Analisis Malaysia (ANALIS) untuk bersama-sama menganjurkan Simposium Kimia Analisis Malaysia ke-29 (SKAM29).
Menurut Pengerusi SKAM29, Dr. Mohammad Anwar Mohamed Iqbal, penganjuran SKAM29 telah dilanjutkan dari 15 Ogos 2016 hingga 17 Ogos 2016 bertempat di Bayview Beach Resort Batu Feringghi Pulau Pinang untuk memberi peserta lebih masa untuk berbincang dan berjaringan antara satu sama lain.
“Pihak SKAM29 mengalu-alukan penyertaan dari pakar-pakar dalam bidang kimia analitikal, biokimia, bioperubatan, kimia farmaseutikal, kujuruteraan dan yang berkaitan untuk menyertai simposium ini.
“Semua peserta juga diminta menghantar kertas kerja penuh melalui penghantaran atas talian kepada Sekretariat di laman sesawang SKAM29 dan semua kertas kerja akan dinilai oleh penilai sebidang dan bergantung kepada pembetulan, kertas kerja yang terpilih akan diterbitkan dalam Malaysian Journal of Analytical Sciences (MJAS), suatu jurnal berindex Scopus,” katanya.
SKAM29 merupakan forum tahunan yang mengumpulkan para saintis, penyelidik, jurutera dari dalam dan luar negara untuk mempamerkan penyelidikan mereka disamping membincangkan perkara berkaitan kimia analitikal dan perkara yang berkaitan.
Untuk maklumat lanjut mengenai speaker, pembayaran untuk SKAM29, bolehlah melayari laman sesawang di pautan http://www.skam29.org.
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 1274