USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JEMPUTAN PENYERTAAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENYELIDIKAN PELBAGAI DISIPLIN ILMU (iCMR) 2016

Persidangan Antarabangsa Penyelidikan Pelbagai Disiplin Ilmu (iCMR) menjemput pakar-pakar dalam bidang sains dan kejuruteraan, Biosains, social dan sains politik untuk menyertai persidangan yang akan berlangsung pada 6 hingga 8 September 2016 Universitas Hasanuddin, Makassar Sulawesi Selatan Indonesia.
 
Menurut Dekan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Profesor Madya Dr. Mustafa Fadzil Farid Wajidi, iCMR merupakan acara tahunan yang dianjurkan secara bersama dan dituan rumahkan secara bergilir antara PPPJJ USM Pulau Pinang dengan Universitas Islam Sumatera (UISU), Medan, Indonesia dan Universitas Syiah Kuala (UNSYIAH) Banda Acheh Indonesia sejak 2012. 
 
“Universitas Hasanuddin merupakan anggota terbaru tuan rumah iCMR pada tahun 2015 dan bersetuju menjadi tuan rumah persidangan bagi tahun 2016 ini yang bertemakan Earthing Knowledge, Strengthening Connectivity,” katanya.
 
Tambahnya, objektif utama persidangan ini ialah untuk menyediakan para penyelidik untuk berkongsi hasil penyelidikan mereka dalam pelbagai disiplin ilmu serta persidangan ini juga berhasrat untuk menyuburkan kerjasama dalam kalangan penyelidik samada di peringkat serantau mahupun antarabangsa.
 
Para yang berminat diminta untuk menghantar kertas kerja berkaitan pengkomputeran, informasi teknologi dan komunikasi, kejuruteraan sivil, senibina, geologi, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrik, biologi, kimia, fizik, matematik, perubatan, sains kesihatan, pertanian, perikanan, perhutanan, penternakan, keagamaan, bahasa, budaya, seni, falsafah, sejarah, geografi, psikologi, pengurusan, ekonomi, perakaunan, pembangunan, sains politik, perhubungan antarabangsa, sosiologi, antropologi, komunikasi, pentadbiran awam, kerajaan, undang-undang dan pendidikan.
 
Yuran pendaftaran untuk penyertaan adalah sebanyak USD150 bagi pembentang antarabangsa, USD100 bagi pelajar sarjana dan ijazah kedoktoran antarabangsa (proof ID), Indonesia Rupiah (IDR) 1.000.000 untuk pembentang Indonesia dan IDR 500.000 untuk pelajar sarjana dan ijazah kedoktoran Indonesia,
 
Penghantaran abstrak (25 Januari 2016 – 25 Julai 2016), notifikasi dan penerimaan (26 Julai 2016 – 31 Julai 2016), penghantaran kertas kerja penuh (1 Ogos 2016 – 15 Ogos 2016) dan untuk sebarang maklumat lanjut dan penghantaran abstrak, peserta bolehlah melayari laman sesawang persidangan http://www.icmr2016unhas.com  ataupun menghubungi Nasir Badu (+62 81341996944), Janise Lande (+62 82188688860) dan emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
  • Created on .
  • Hits: 1028

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024