USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PAMERAN SENI CETAK THAILAND DI MGTF: 4 APRIL 2016 - 5 MEI 2016

12418055 1194568300568039 7998708493084239454 n

USM, PULAU PINANG, 5 April 2016 - Pameran “2 Series Artwork from Thailand, “Space and Time of Serenity” by Manee Meemak” dan “Colour of Faith and Serenity” by Pongsiri Kiddee” sedang berlangsung di Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah USM selama sebulan mulai 4 April 2016.

Pameran karya-karya seni cetak oleh 2 orang tenaga pengajar universiti daripada Thailand iaitu Pongsiri Kiddee dari University Chiengmai Thailand dan  Manee Meemak dari Universiti Thaksin Thailand dengan kerjasama Universiti Thaksin, Universiti Chiengmai, Universiti Silparkorn dan Pusat Pengajian Seni USM. 

Perasmiannya akan dilakukan oleh Konsul Jeneral Diraja Thai di Pulau Pinang Ekajit Kraivichien pada hari Rabu, 6 April 2016, jam 3.30 petang di Lobi MGTF USM. Yang akan hadir sama ialah Naib Canselor USM Profesor Dato’ Dr. Omar Osman dan Pengarah MGTF Zolkurnian Hassan.

​​Sempena pameran ini, MGTF akan turut mengadakan Bengkel Seni Cetak (Litho dan Silk Screen) oleh kedua-dua karyawan tersebut pada hari Khamis, 7 April 2016 mulai jam 10.00 pagi di MGTF  yang akan  memperkatakan tentang seni cetak menggunakan dua teknik/ kaedah yang utama dalam seni cetak iaitu teknik litho dan teknik silk screen.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 677

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024