SUKARELAWAN USM DIIKTIRAF SEBAGAI DUTA USM-MySIHAT
USM, PULAU PINANG, 2 APRIL 2016 – Majlis Konvensyen Duta USM-MySihat kali kedua diadakan di Dewan Utama Desasiswa Kompleks RST, Universiti Sains Malaysia (USM), hari yang mengiktiraf sukarelawan pelajar sebagai 'Duta USM-MySihat'.
Sukarelawan yang terlibat berperanan melaksanakan aktiviti promosi kesihatan khususnya kawalan tembakau.
USM dipilih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui MySihat bagi menjayakan program ini dengan pembiayaan sebanyak RM500,000 sejak Februari 2012 dan berakhir pada Mei 2016 ini.Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USM, Prof Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dalam ucapannya berkata, USM memulakan inisiatif kampus bebas tembakau sejak pertengahan 2012.
"Projek ini adalah usaha libatsama di antara universiti-komuniti melalui peruntukan diterima melalui Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM).
"Tujuan utamanya adalah untuk memberi pendedahan berkaitan promosi kesihatan khususnya kawalan tembakau kepada kumpulan sasaran seramai 1,200 orang pelajar dari Kampus Induk, Kampus Kesihatan dan Kampus Kejuruteraan," katanya.
Majlis dirasmikan oleh Pengerusi MySihat, Tan Sri Dato' Dr. Hj Mohd Nasir Mohd Asraf. Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif MySihat, Dr. Manimaran Krishnan Kaundan dan Pengerusi Jawatankuasa Induk USM Bebas Tembakau USM, Profesor Rahmat Awang.
Teks: Nur 'Izzah 'Atira bt Muhamad Nazmi (Pelajar Internship USM)
- Created on .
- Hits: 1166