USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

FESKI 2016 SERLAH BAKAT DAN KEMAMPUAN PELAJAR

IMG 20160403 WA0000

KUBANG KERIAN, 31 Mac 2016 – Majlis penutup Festival Kelestarian Islam (FesKI) 2016 yang bertemakan ‘Compass towards Compassion’ disifatkan menepati matlamat iaitu melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah turut memiliki kemahiran insaniah yang tinggi.

Pengarah Projek FesKI 2016 yang juga pelajar tahun 3, Program Sains Sukan, Zaid Abd Halim berkata, bukan sekadar menyerlahkan bakat, FesKI yang disambut meriah dengan pelbagai pengisian program turut melahirkan pelajar yang serba boleh dan mampu berkhidmat kepada masyarakat.

“Kelainan FesKI pada tahun 2016 ini adalah kita menonjolkan keindahan Islam bukan sahaja kepada warga USM tetapi juga masyarakat luar dan mereka yang bukan Muslim.

IMG 20160403 WA0003 

“Festival ini turut memaparkan keindahan Islam yang bersifat universal kepada mereka yang baru mengenali Islam seperti golongan muallaf,” jelasnya ketika ditemui pada majlis penutup FesKI.

Festival yang berlangsung selama seminggu ini disajikan dengan sembilan acara, termasuk persembahan Kumpulan Nasyid Devotees dan pemenang ‘Battle Of Islamic Bands’ iaitu Kumpulan Aswatul Ikram yang terdiri daripada pelajar USM.

IMG 20160403

Selain itu, antara yang turut mencuri tumpuan pengunjung adalah program Iftar Perdana, ‘Ladies Night’ dan ‘Talk With Br. Boona Mohamed’.

Timbalan Pengarah Pusat Islam USM, Profesor Dr. Wan Nudri Wan Daud pula berkata program ini menjadi platform bagi pelajar untuk mengasah ‘soft skill’ masing-masing dari pelbagai segi termasuklah kepimpinan dan pengurusan masa.

“Acara FesKI yang diadakan dapat membantu pelajar membudayakan kehidupan seharian dengan nilai Islam melalui penerapan sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W. seperti membantu masyarakat.

“Di samping memberi khidmat, para pelajar juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhuwah antara warga kampus dan masyarakat setempat,” ujarnya semasa merasmikan majlis penutup FesKI 2016.

IMG 20160403

Selain itu, para pelajar turut peka dalam aspek kemanusiaan untuk membantu mereka yang memerlukan dengan mengadakan pungutan tabung kebajikan sepanjang festival berlangsung dan hasil tabung tersebut diserahkan kepada badan NGO Mycare untuk membiayai penyelarasan aktiviti kesukarelawanan.

Turut hadir Ketua Penolong Pendaftar, (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni) USM Hafiz Assad Zakaria.

Teks & Foto: Normimi Shahira Mohd Daud, W.Nurul Azreen W.Abd Aziz (Pelajar Internship) & Mohd Hafiz Yaacob

  • Created on .
  • Hits: 748

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024