USM ANJUR KURSUS BAHAN LESTARI DARIPADA FUNDAMENTAL KEPADA APLIKASI
USM PULAU PINANG, 2 April 2016 - Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Teknologi Industri (PPTI) menjemput orang rami terutamanya wakil industri, ahli-ahli sains, pensyarah, penyelidik, jurutera, ahli teknologi mahu pun pelajar untuk menyertai kursus pendek “Sustainable Materials : From Fundamental To Application” pada hari Selasa 10 Mei 2016 di Bilik Persidangan PPTI dari 9.00 pagi – 5.00 petang.
Kursus ini akan dikendalikan oleh para pensyarah PPTI iaitu pakar Kimia Polimer dan Sintesis Dr. Mohd Firdaus Yhaya, pakar dalam pengeluaran bahan daripada bahan terbuang melalui proses biologi Dr. Husnul Azan Tajarudin dan pakat dalam aplikasi pembaharuan tenaga dan kelestarian teknologi untuk bangunan dan persekitaran Dr. Mardiana Idayu Ahmad.
Menurut Dekan PPTI, Profesor Dr. Azhar Mat Easa, peningkatan populasi manusia memberi ketegangan kepada sumber bumi dan pencarian sumber ini mengubah landskap dunia disebabkan oleh penyalahgunaan sumber alam sedia ada.
"Malangnya, sebahagian besar dari sumber ini adalah tidak boleh diperbaharui maka usaha untuk mencari sumber yang boleh diperbaharui dan lestari tidak dapat dielakkan untuk memenuhi kehendak dan permintaan masyarakat moden," tambahnya.
Jelasnya lagi, kursus ini yang bertujuan untuk menyediakan pengetahuan asas mengenai bahan yang lestari daripada fundamental kepada aplikasi ini akan membantu peserta menguasai ilmu pengetahuan yang diperlukan kepada mereka yang terlibat dalam penghasilan bahan berunsur kelestarian.
"Setelah selesai kursus ini, peserta akan memahami dan lebih jelas tentang asas penghasilan bahan yang lestari berdasarkan pendekatan kimia dan biologi serta potensi aplikasi alam sekitarnya," katanya.
Kursus ini bermatlamat dan ingin mencapai hasil untuk menerangkan pengeluaran bahan lestari melalui pendekatan kimia dan biologi serta untuk memperkenalkan bahan lestari bagi aplikasi berpotensi untuk persekitaran.
Yuran penyertaan sebanyak RM150 dan mata CPD akan diberikan kepada warga USM.
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut hubungi Dr. Mohd Firdaus Yhaya melalui emel
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 806