USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC USM TERIMA PINGAT BAKTI PERTAHANAN AWAM (P.B.P)

IMG 5944f

KANGAR, PERLIS, 1 April 2016 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr. Omar Osman dianugerahkan Pingat Bakti Pertahanan Awam (PBP) sempena Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Penghargaan Pertahanan Awam sempena Hari Ulangtahun Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan kali ke 64 tahun 2016 yang berlangsung di Dewan Pejabat Pertahanan Awam Negeri Perlis.

Omar yang juga Penolong Pesuruhjaya Kehormat (PA) melahirkan rasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) atas penganugerahan ini dan menjadikannya pembakar semangat untuk terus memberi khidmat bakti kepada jabatan dan juga universiti.

IMG 5949

IMG 5968ghjk

Yang hadir menyampaikan penganugerahan kepada 300 anggota JPAM adalah Ketua Pengarah JPAM, Datuk Ogu Salim Omar.

USM mula terlibat secara aktif dengan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) pada tahun lalu dalam penganjuran Majlis Pentauliahan & Perhimpunan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-6 di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) walaupun di Kampus Kesihatan ianya telah lama bertapak.

Matlamat penubuhan Kor SISPA ialah untuk membentuk para graduan melalui pelbagai aktiviti pertahanan awam bertujuan memantapkan semangat patriotik serta meningkatkan tahap disiplin dan membina semangat bekerjasama berlandaskan semangat kesukarelawanan dan penglibatan khidmat sosial.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 1207

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024