KELESTARIAN DEKAT DI HATI ALUMNI USM
PULAU PINANG, 28 Mac 2016 – Penerapan konsep kelestarian oleh Universiti Sains Malaysia (USM) adalah antara perkara yang paling meninggalkan kesan kepada alumni USM, Siti Nursyahidah Abu Bakar, 29, yang berasal dari Ampang, Selangor.
Siti Nursyahidah yang kini sedang berkhidmat dengan Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam berkata, tujuh tahun yang lepas ketika sedang belajar, USM memperkenalkan konsep lestari untuk pelajar lebih menghargai alam demi kelangsungan masa hadapan manusia.
“Penekanan USM terhadap konsep ini memang terkesan di hati saya. Sehingga sekarang saya masih mempraktikkan dengan mengurangkan penggunaan plastik walau pun telah tamat belajar," jelas Nursyahidah, bekas pelajar Pusat Pengajian Komunikasi.
Tambahnya, USM juga telah banyak mendidik tentang hal ini yang sedaya upaya dijaga demi membawa nama baik USM dengan melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan berkualiti.
“Kerjaya saya sebagai seorang wartawan Sinar Harian bermula dengan apa yang dipelajari di USM kerana itu walau apa yang dibuat saya akan pastikan yang terbaik kerana sedar saya membawa nama sebagai alumni USM," kata Siti Nursyahidah.
Teks: Aishah Hanis Azmi (Pelajar internship USM)
- Created on .
- Hits: 673