USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SERTAI 6TH MALAYSIAN TISSUE ENGINEERING AND REGENERATIVE MEDICINE SCIENTIFIC MEETING 2016

fghdth7687

Tissue Engineering Society of Malaysia (TESMA) dengan kerjasama Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan "6th Malaysian Tissue Engineering and Regenerative Medicine Scientific Meeting (6th MTERMS 2016)" bersempena "2nd Malaysian Stem Cell Meeting" pada 17 - 18 November 2016.

Menurut Pengerusinya, Prof. Madya Dr Badrul Hisham Yahaya, persidangan ini terbuka kepada penyelidik dari Malaysia, pelajar penyelidikan dan peserta antarabangsa terutamanya dari negara-negara Asia yang terlibat secara aktif dalam penyelidikan berkaitan dengan perubatan regeneratif dan "tissue engineering" serta mensasarkan penyertaan daripada golongan penyelidik, saintis tempatan dan luar negara, pelajar, industri, agensi kerajaan dan pakar-pakar.

“Kami juga berharap untuk mendapatkan peserta dari golongan orang awam dan industri dari seluruh Malaysia untuk menghadiri persidangan ini.

“Dalam "6th MTERMS 2016" dan "2nd Malaysian Stem Cell Meeting" ini, kami mempelawa peserta untuk berbincang dan berkongsi pengetahuan dalam teknologi terkini menerusi bidang Reprogramming and pluripotency, Cell and gene therapy, Biomaterials and tissue regeneration, Imaging and preclinical models, 3D bio printing and tissue engineering, Transplantation and immunomodulation, Stem cell and cancer,” tambahnya lagi yang juga merupakan Timbalan Presiden TESMA.

Penganjuran kali ini bertemakan "Ensuring sustainability through innovative regenerative technologies" . Sila layari laman web berikut untuk maklumat terkini berkaitan program (http://mterms.tesma.org.my/).

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 723

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024