USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MGTF ANJUR PAMERAN "BOOK-OBJECT-ART" YANG DIBAWA KHAS DARI LONDON

fthrdt

PULAU PINANG, 15 Mac 2015 - Kepelbagaian tema lipatan buku unik yang dibawa khas dari London dipamerkan buat julung kalinya oleh pensyarah dan pereka grafik terkenal dunia, Profesor Phil Cleaver dari Middlesex University, London, United Kingdom.

Selain daripada empat buah jenis lipatan buku yang unik, sebanyak 29 gambar lipatan seni buku pelbagai tema reproduksi dari karya asal oleh jurufoto dan pereka muda Malaysia yang bermastautin di London, Angel Wong, turut dipamerkan.

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) USM, Profesor Dato' Dr. See Ching Mey berkata, pihak USM merasa bangga kerana kesudian Prof. Phil Cleaver memilih USM khususnya MGFT sebagai tempat untuk mempamerkan hasil karya beliau secara solo yang pertama.

IMG 0036uh

“Penganjuran pameran bertaraf antarabangsa ini juga membuktikan yang USM khususnya MGTF dan Pusat Pengajian Seni (PPS) mampu menyediakan ruang dan peluang kepada lebih banyak penglibatan pameran antarabangsa oleh pelukis, pereka dan pensyarah yang terkenal dalam pelbagai bidang seni,” kata See ketika merasmikan majlis pembukaan pameran tersebut pada Jumaat lalu.  

Tambahnya lagi, diharap kolaborasi antara pihak USM melalui MGTF dan PPS USM dan Middlesex University dapat diteruskan lagi pada masa akan datang supaya lebih banyak aktiviti dapat dijalankan bersama.

IMG 0088

IMG 0117

Sementara itu, Phil Cleaver berkata, setiap karya seninya 'datang' dari hatinya. Setiap buku menceritakan kisah peribadi yang benar-benar bermakna kepadanya, dan digambarkan dalam bentuk cerita, peta, sejarah dan fantasi.

"Saya sentiasa melihat buku sebagai alat untuk komunikasi, yang juga boleh dilihat sebagai produk kreatif untuk mengimbau memori silam dan nostalgia," kata Phil Cleaver.

Selain pameran, turut diadakan ialah bengkel rekabentuk buku yang dikendalikan oleh Phil Cleaver sebagai inisiatif perkongsian ilmu bersama warga kampus dan luar kampus di Balai Pasiban, PPS, USM.

IMG 0121

Beliau yang kini berkhidmat di School of Art and Design di Middlesex University dan juga perunding di Etal Design Consultant London pernah datang ke USM tahun lepas sebagai penceramah jemputan untuk “Design Talk Series” anjuran PPS, USM.

Untuk maklumat lanjut mengenai pameran 'Book-Object-Art' yang bermula dari 13 Mac sehingga 11 April ini, orang ramai boleh menghubungi pihak MGTF USM di talian 04-653 4786 / 04-653 4789.

Teks: Syuhada Abd Aziz/Suntingan: Tan Ewe Hoe/Foto: Mohd Zamri Salleh

  • Created on .
  • Hits: 1492

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024