USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MALAM CITRA BAYU MARTABATKAN SENI BUDAYA SABAH

 DSC8810ghjh

USM, PULAU PINANG, 27 MAC 2016 – Perkumpulan Siswa Siswi Sabah (PERSIS) Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah di Semenanjung (G3S) memperkenalkan kelestarian sosio-budaya Negeri Sabah kepada warga USM melalui Malam Citra Bayu (MCB) 2016.

Wakil G3S, Mohd Riduan Mat Jari melahirkan rasa bangga kerana PERSIS USM komited melaksanakan program seperti MCB 2016 dan berharap dapat bekerjasama lagi untuk memperkenalkan identiti dan budaya negeri Sabah kepada masyarakat luar.

“Dalam dunia serba moden, program sebegini mampu menyuntik semangat dalam kalangan pelajar untuk mempertahankan budaya," katanya ketika merasmikan MCB kali ke-9 ini.

 DSC8843fjy

 DSC8846hhj

Pengarah Projek, Faizal Maksil berkata MCB bertujuan memperkenalkan identiti dan nilai estetika masyarakat Sabah melalui tarian.

“Tema yang dipilih pada tahun 2016 ialah ‘Tari Bersepadu, Bayu Bersatu’ yang mewujudkan integrasi nasional yang kukuh dalam kalangan pelajar dari universiti lain sekaligus mengeratkan ikatan antara pelajar tanpa mengira etnik, suku kaum mahupun budaya," kata Faizal.

Sembilan buah universiti menyertai pertandingan tarian ini iaitu Universiti Selangor (Unisel), Universiti Malaya (UM), Universti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

USM meraih dua hadiah daripada empat kategori yang dipertandingkan iaitu Koreografer terbaik dan Kostum terbaik.

 DSC8885vbbm

Penonton juga dikejutkan dengan kejayaan USM membolot tempat pertama dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2000, piala pusingan, hamper serta sijil penyertaan. Manakala tempat kedua disandang oleh UPSI dan ketiga, UM yang mendapat wang tunai berjumlah RM1500 dan RM1000 masing-masing serta piala iringan.

Tiga orang panel juri dijemput memeriahkan acara ini yang terdiri daripada Pegawai Kebudayaan, Jabatan Kebudayaan Negeri Perak, Zahir Ahmad selaku ketua juri, wakil dari Inspiration Studio, Juyana Akim serta Koreografer di Jabatan Kebudayaan Negeri Pulau Pinang, Saiful Azri Abdullah.

 DSC8884tyj

Penonton turut dihiburkan dengan persembahan Sada Borneo dan Artis Dewan Budaya, Andy Siti Nurhidayah Rahim.

Teks: Aishah Hanis Azmi (Pelajar Internship USM)

  • Created on .
  • Hits: 2186

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024