USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KARNIVAL BAHASA TAMIL WAHANA BAHASA DALAM MEMPERKASA KESUSASTERAAN

12887282 563433337156941 1000573420 o

USM, PULAU PINANG, 27 Mac 2016 – Kejayaan Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan kali ke-4 di Universiti Sains Malaysia (USM) yang menutup tirai semalam jelas membuktikan bakat kepimpinan pelajar wanita yang semakin ke hadapan dalam menganjurkan program sedemikian.

Karnival tahunan ini diadakan untuk memberi penghormatan kepada penyair Tamil yang terkenal dari India, Mahakavi Chinnasami Subramania Bharathiyar dengan mempertandingkan 4 kategori utama iaitu menulis puisi, pertandingan kuiz sastera Tamil, pengucapan awam dan menulis cerita pendek.

Seramai 255 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan juga Institusi Pengajian Tinggi di negara Malaysia telah mengambil bahagian dalam acara-acara yang dipertandingkan mengikut kategori.

12899612 563433493823592 2071896640 o

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak, Dato’ Seri Devamany Krishnasamy yang merasmikan program ini berkata, penganjuran sebegini bukan saja mengharumkan nama USM dalam kalangan masyarakat India tetapi membantu memupuk keperibadian kepimpinan dan memberikan pendedahan kepada mahasiswa untuk melangkah dan mengharungi alam kerjaya nanti.

Tambah beliau lagi, program yang berasakan seni kesusasteraan ini berupaya menanam nilai keindahan dan estetika dalam jiwa mereka.

Beliau juga turut berharap agar usaha pelajar USM akan menjadi inspirasi untuk acara lebih besar pada masa akan datang lagi.

Profesor di Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan USM, Dr. Ambigapathy Pandian pula berharap agar kekayaan karya kesusasteraan India boleh dikongsi bersama semua lapisan masyarakat rakyat Malaysia.

12903861 563433303823611 116793252 o

12903539 563433110490297 1607636969 o

Menurut beliau, pertandingan ini juga merupakan lambang penghormatan yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang telah memberi sumbangan kepada kesusasteraan Tamil Malaysia.

Pengarah Projek, Gayathri Kannama Kailasam berkata, kanival ini memberi tumpuan kepada Bahasa Tamil dan pertandingan yang dibuat telah disusun bukan sahaja untuk bersaing, tetapi juga meningkatkan kemahiran bahasa Tamil mereka.

Tambahnya, ini adalah penting untuk mereka belajar bagaimana untuk membaca dan menulis Bahasa ibunda kerana bahasa bukan sekadar alat komunikasi, tetapi juga merupakan simbol asal usul kepada budaya tersebut.

"Saya berharap agar program Kavipaadum Thendral akan diadakan secara besar-besaran lagi pada masa akan datang," katanya lagi.

Teks: Nandhini Thiagaraja (Pelajar Internship USM)

  • Created on .
  • Hits: 1524

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024