USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROGRAM JELAJAH MENARA ILMU TONJOL MAHASISWA HOLISTIK DAN HEBAT

12928229 1123287421056938 3789892102976861722 n

USM, PULAU PINANG, 27 Mac 2016 - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi meneruskan khidmat bakti kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dengan mengadakan Program Jelajah Menara Ilmu 2016 baru-baru ini di Kampus Induk USM.

Program ini melibatkan 2 buah sekolah dari Perak iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Muda Abdul Aziz Sungai Siput dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Ahmad Lenggong Perak.

Menurut Pengarah Projek, Najibah Ismail, program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar STPM tentang cara pembelajaran di universiti kerana sistem Tingkatan 6 sekarang sudah sama seakan sistem di universiti.

"Selain itu, program ini juga bertujuan membentuk jati diri dan meningkatkan semangat, keyakinan dan motivasi para pelajar untuk belajar dengan lebih baik kerana turut diselitkan di dalam program adalah teknik pembelajaran yang berkesan serta modul-modul aktiviti yang dibina juga adalah khas.

12924367 1123289651056715 4839209214940642547 n

"Melalui program sedemikian, ia mampu memberi peluang kepada mahasiswa USM agar sentiasa bersedia berbakti kepada masyarakat, membina keyakinan dan 'softskill' kerana 100% program ini adalah diuruskan oleh mahasiswa seiring dengan hasrat universiti untuk melahirkan mahasiswa yang hebat dan berfikiran holistik," kata pelajar Ilmu Pendidikan ini.

Tambah Najibah lagi, mahasiswa USM seharusnya menganjurkan program seperti ini kerana ianya dapat memberi pelajar-pelajar sekolah melihat suasana dan pembelajaran di peringkat universiti dan sekaligus menaikkan semangat mereka untuk terus belajar berjaya dalam bidang akademik.

Rata-rata pelajar sekolah terlibat melahirkan rasa gembira kerana mereka diberi peluang merasai pengalaman serta memperolehi ilmu bernilai dari mahasiswa USM ini dan berharap program sebegini dapat diteruskan lagi bagi memberi pendedahan kepada pelajar sekolah sebelum mereka menempuhi alam universiti kelak.

12928380 1123289511056729 2212153273814496478 n

Pengisian program ini melibatkan aktiviti ceramah, motivasi, sesi perkongsian dan lawatan sambil belajar.

Seramai 76 orang pelajar tingkatan 6 terlibat dalam program ini dan disertai 30 Ahli Jawatankuasa dan Fasilitator daripada USM dan juga kerjasama Kumpulan Siswa Siswi Darul Ridzuan (KUSISDARI).

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto : Najibah Ismail

  • Created on .
  • Hits: 840

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024