USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MALAM KUNG FU USM MERIAH

IMG 5664fg

USM, PULAU PINANG, 26 Mac 2016 – Malam Kung Fu ke-39 yang dianjurkan oleh Kelab Kung Fu Universiti Sains Malaysis (USM) mendapat sambutan hangat dengan lebih 2,000 orang penonton pelbagai kaum menghadirinya malam tadi.

Malam Kung Fu yang bertema “Zero to Hero” ini bertujuan untuk menonjolkan bakat seni mempertahankan diri dan menggalakkan pelajar bekerjasama dalam mengekalkan budaya tradisi.

Pengarah Pejabat Kolaborasi Antarabangsa USM Profesor Dr. Lee Keat Teong, yang merasmikan acara ini berbangga dengan usaha anak-anak muda ini dan menyeru pelajar-pelajar bijak seimbangkan kejayaan akademik dengan aktiviti di luar kuliah.

IMG 5710dfg

Tambahnya lagi, walaupun sukar tetapi jika semua yang terlibat bertanggungjawab dan menunjukkan komitmen yang tinggi, usaha ini dapat dilakukan dengan lebih mudah.

Menurut Pengarah Projek, Chan Zi Qi, 21, pula, majlis ini juga berjaya mendedahkan pelajar kepada kemahiran dalam mengendalikan projek dan membentuk semangat berdikari.

IMG 5715j

Selain mempromosikan seni dan budaya mempertahankan diri, Kelab Kung Fu USM turut menyumbangkan sebahagian daripada pendapatan dari jualan tiket kepada Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Pulau Pinang.

Malam Kung Fu dijayakan oleh lebih 200 orang yang mempersembahkan Shaolin, Tai Ci, Wushu dan Kumpulan Gendang serta Tarian Naga dan Singa.

Gabungan gerakan Kung Fu dengan muzik moden ini telah memberikan satu pengalaman yang unik kepada penonton tanpa menjejaskan keaslian warisan seni mempertahankan diri tersebut.

IMG 5760fgjh

Yang turut hadir ialah Penasihat Kelab Kung Fu USM yang juga pensyarah dari Pusat Pengajian Sains Farmasi USM, Profesor Dr. Yuen Kah Hay.

Teks: Elezise Oh Ming Han (Pelajar internship USM)

  • Created on .
  • Hits: 893

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024