USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

AKSI PERSAHABATAN - PASUKAN KRIKET USM TEWASKAN PASUKAN AUSTRALIAN DEFENCE FORCE

USM PULAU PINANG, 27 Mac 2016 - Pasukan Kriket Universiti Sains Malaysia (USM) kelmarin telah berjaya menewaskan pasukan Australia Defence Force dalam satu siri perlawanan persahabatan antara kedua-dua pasukan.

Pasukan USM memperolehi mata keseluruhan 185 manakala pasukan Australia Defence Force 176 menjadikan pasukan USM menang dengan kelebihan 9 larian.

Perlawanan yang berlangsung di padang USM juga menyaksikan Najam Us Saqib berjaya memperolehi 100 larian untuk USM iaitu penyumbang terbesar untuk kemenangan ini.

Pasukan USM dibarisi oleh Talha Anees, Najam Us Saqib, Dheepan, Jamshaid, Junaid, Irfan Shah, Fayaz Hashmi, Nazir, Adnan, Sharjeel dan Yousaf.

Perlawanan ini juga disertai oleh Pasukan Kriket dari Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free Pulau Pinang.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 748

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024