USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PERANAN STA DALAM PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN PENYELIDIKAN

USM, PULAU PINANG, 23 Mac 2016 – ‘Outreach Programme on Strategic Trade Act’ bertujuan memperkenalkan Akta Perdagangan Strategik (STA) kepada warga akademik serta pemindahan teknologi dan penyelidikan di Institusi Pengajian Tinggi.

Sekretariat Perdagangan Strategik di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah memberi taklimat mengenai STA dan ‘Intangible Technology Transfer’ (ITT) kepada pensyarah dan staf Universiti Sains Malaysia (USM) yang hadir.

Menurut Pengawal Perdagangan Strategik, Muthafa Yusof, STA yang berkuatkuasa pada Januari 2011 adalah untuk mengawal peningkatan senjata pemusnah dan segala aktiviti yang akan menyumbang kepada kematian yang berskala besar.

"Selain itu, STA juga turut merangkumi kawalan dari segi teknologi yang sebenarnya berhubung kait dengan ahli akademik, penyelidik dan organisasi penyelidikan. Jadi tujuan kami ke sini adalah untuk berkongsi mengenai akta ini kepada semua.

"Kami juga ingin menyebarkan larangan yang bersabit di bawah akta ini disamping kesan dan impak yang akan diterima jika individu ditangkap walaupun tidak sengaja," jelas Mutapha.

Perbincangan mengenai ITT bagi memastikan kawalan ke atas pemindahan teknologi dijalankan ke atas penggunaan ketenteraan dan keamanan serta senjata yang biasa digunakan turut diadakan bersama pensyarah dan staf USM.

"Kami sudah mengadakan beberapa siri perbincangan di Kuala Lumpur tetapi kami ingin mengadakan perbincangan dengan ahli akademik. USM ialah universiti pertama yang terlibat dalam perbincangan yang teliti mengenai akta ini," tambah beliau.

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Inovasi dan Pengkomersilan Bahagian Penyelidikan dan Inovasi USM ini telah diadakan di Dewan Persidangan Universiti USM ini dibahagikan kepada penerangan mengenai STA dan ITT dan diikuti dengan perbincangan terhadap draf garis panduan ITT.

Teks: Nor Khamisah Saidin (Pelajar Internship USM)

  • Created on .
  • Hits: 1290

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024