USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

GLOBAL OUTREACHED PROGRAMME KUKUH ILMU PENGETAHUAN MAHASISWA DI PERINGKAT GLOBAL

12592638 1705906893021926 5068731690293000855 n

USM PULAU PINANG, 25 Mac 2016 - Kumpulan Siswa Siswi Darul Ridzuan (KUSISDARI) Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi menganjurkan Global Outreached Programme bagi tahun 2016 dengan penglibatan seramai 14 pelajar dan mengadakan lawatan sambil belajar ke Hankuk University of Foreign Study, Seoul, Korea baru-baru ini.

Penasihat Kusisdari Profesor Madya Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya berkata, program ini mencapai hasil kerana ia memberi input kepada kedua-dua buah universiti dengan perkongsian idea serta pengukuhan hubungan antara Hankuk University dan USM serta mahasiswa juga dapat merasai suasana dan mempromosi budaya Malaysia kepada mahasiswa Hankuk University.

Menurutnya, Kusisdari telah berjaya dalam membawa mahasiswa belajar dengan melihat sendiri sistem kurikulum dan juga ko-kurikulum di salah sebuah universiti yang terbaik di Korea di samping belajar melihat bagaimana usaha mengekalkan keseniaan, kebudayaan masyarakat tradisi Korea serta melihat teknologi canggih yang ada di bandar metropolitan Seoul.

Antara aktiviti yang telah diadakan adalah majis ramah mesra antara pelajar dari kedua-dua universiti berkenaan aktiviti pelajar, sistem pengajian, suasana pembelajaran serta kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti dan seramai 20 orang pelajar Korea yang sedang belajar Bahasa Melayu dan Indonesia di universiti tersebut turut terlibat sama dalam sesi ramah ini,” tambahnya yang juga merupakan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni USM.

Sementara itu, Yang Dipertua Kusisdari, Akmal Ariffin pula berkata, program ini dapat memberikan pengalaman dan perkongsian idea yang baru kepada USM dan juga Kusisdari dalam mengembangkan ilmu pengetahuan para mahasiswa untuk berfikiran global.

Bagi Pengarah Projek Nur Syuhada Suhaimi pula, program “Global Outreached Programme” dapat memberi pengalaman baru yang berharga kepada Majlis Tertinggi dan Exco-exco Kusisdari dalam menambah ilmu pengetahuan serta meningkatkan motivasi dalaman individu dan aktiviti yang dirancang antara pihak Kusisdari USM bersama Hankuk University berjaya dilaksanakan mengikut perancangan serta berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Turut serta ke program ini ialah 2 alumni Kusisdari USM, Pegawai Tadbir di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS), Kuala Kangsar, Perak Mohamad Ridzuan Yahaya dan Pegawai Kesihatan di Mukah Sarawak Noor Sharina Sahari.

Hankuk University dipilih kerana ia mempunyai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan USM dan program ini diuruskan 95% sendiri oleh pihak KUSISDARI.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto : Akmal Ariffin


  • Created on .
  • Hits: 974

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024