USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

FESKI 2016 TONJOL KEINDAHAN ISLAM

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 25 Mac 2016 – Bertemakan “compass towards compassion”, Majlis Perasmian Festival Kelestarian Islam (FESKI) 2016, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan berlangsung  meriah.

Penasihat FESKI 2016, Dr. Najib Md Pa berkata, program yang berlangsung sepanjang dua minggu dari 24 Mac sehingga 2 April 2016 ini akan menyajikan pelbagai pengisian yang menarik seperti  Pameran &  Gerai Hijaab, Mini Street Da’awah, Gema Selamat Amal, “Ladies Night”, forum bual bicara Islam dan “Grand Iftar”.

Objektif festival adalah untuk mengajak warga kampus menghayati Islam dan berkongsi keindahannya dengan seluruh komuniti.

"Kita akan fokuskan kepada beberapa segmen penting iaitu memberi pemahaman berkenaan falsafah dan prinsip Islam, cara hidup Islam sebenar dalam menongkah arus kemodenan zaman,” kata Najib.

Tambahnya, elemen kontemporari turut kita serapkan ke dalam pengisian program festival kali ini bagi menyesuaikannya dengan peredaran masa serta kehendak muda-mudi sekarang, moga-moga ianya akan memberi impak yang positif kepada semua.

Pengarah Program FESKI 2016, Zaid Ibrahim pula berkata para pelajar perlu lebih proaktif melibatkan diri dalam pelbagai lapangan untuk mematangkan lagi ilmu di dada bagi menghadapi alam kerjaya kelak.

“Kita hidup dalam suasana harmoni dan penuh kedamaian, lihat sajalah sambutan perasmian festival malam ini biarpun pengisiannya bersifat Islamik, namun kawan-kawan kita dari pegangan agama lain turut sama meraikan dan menjayakannya,” ujar Zaid.

Majlis perasmian FESKI 2016 diserikan dengan persembahan teater daripada kumpulan D’ Waris yang dibawakan khas dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bertajuk “humanity” yang menceritakan mengenai jerit perih warga Palestin dalam memperjuangkan hak mereka untuk membuka mata penduduk dunia mengenai penderitaan yang dialami oleh mereka.

Yang turut sama hadir ialah Pegawai Hal Ehwal Islam Kampus Kesihatan USM, Ust Rosdian Hassanp; Shalwana Ibrahim mewakili Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) dan ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM Kampus Kesihatan.

Teks: Mohamad Iqmal Mathlan / Foto: Mohd Ridhuan Ramly

  • Created on .
  • Hits: 738

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024