USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KOLOKIUM KESERAKANAN DAN KEBERSAMAAN PERTAMA USM-UMK

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Dr. Omar Osman  dan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK),  Profesor Dato' Dr. Mortaza Mohamed akan bersama-sama  memberi ucapan dasar merasmikan Kolokium Keserakanan Dan Kebersamaan yang pertama kali diadakan pada hari Ahad, 27 Mac 2016 di Dewan Persidangan Kampus (DPK), Kampus Kesihatan, USM.

Kira-kira 60 orang peserta dijangka hadir yang terdiri daripada ahli-ahli akademik, penyelidik serta pentadbir.

Kolokium ini adalah untuk memperkasakan hubungan kerjasama kedua-dua buah universiti dalam hal-hal yang mempunyai kepentingan bersama khususnya  Akademik, Penyelidikan, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Pasca Siswazah, Fasiliti Guna Sama serta Pentadbiran dan Latihan dengan berkongsi sumber kepakaran bersama.

Maklumat lanjut hubungi: Lailatul Hafiza Abdul Rashid, Pusat Media Dan Perhubungan Awam, 09 7671054/1010/011 1096 4647  Faks: 09 767 1060  Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Created on .
  • Hits: 847

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024