PAMAD 2016 BERI KELAINAN
USM, PULAU PINANG, 22 Mac 2016 - Program Pakat Mai Aman Damai (PAMAD 2016) anjuran Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai (MPAD) Universiti Sains Malaysia (USM) kali ini tampil berbeza dengan gabungan aspek kebajikan, kelestarian, pendidikan dan kemahiran.
Menurut Pengarah Projek, Siti Farah Eliani Solleh, ini adalah kali keempat PAMAD diadakan yang akan melibatkan komuniti kampus termasuk pelajar kurang upaya untuk mengetengahkan bakat mereka melalui persembahan khas.
“Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan misalnya Koridor Jualan dan Pameran, Malam Muzikal, Karoake dan Busking, Zumba serta gerai jualan makanan dan minuman,” jelasnya.
PAMAD 2016 akan berlangsung dari 25 hingga 27 Mac 2016 bermula dari 10 pagi hingga 10 malam dan dirasmikan oleh Penggawa Desasiswa ADFH, Nazru Hj Ismail pada 25 Mac jam 9.00 malam.
Maklumat lanjut hubungi Fauziah Rastam (013-4333125) dan Farah Eliani (016-4634763).
Teks: Aishah Hanis Azmi (Pelajar internship USM)
- Created on .
- Hits: 791