USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM ANJUR PERSIDANGAN ANTARABANGSA KEARIFAN TEMPATAN (ICLK) 2016

USM PULAU PINANG, 23 Mac 2016 - Persidangan Antarabangsa Kearifan Tempatan (ICLK) 2016 menjemput pakar, cendekiawan dan penggiat warisan menyertai persidangan pada 27 – 28 Julai 2016 di Pulau Pinang, Malaysia bertemakan warisan sejagat.
 
Menurut Pengerusi ICLK 2016, Dr. A.S. Hardy Shafii, Jawatankuasa Persidangan Serantau Kearifan Tempatan (RCLK) telah memulakan usaha mengembangkan wacana intelektual tentang Kearifan Tempatan melalui Persidangan Serantau sejak 2011,  membawanya ke persada antarabangsa pada tahun 2015 dan kini Persidangan Antarabangsa Kearifan Tempatan (ICLK).
 
“Fokus utama persidangan ini ialah epistemologi tempatan dan kesesuaian ilmu tersebut untuk transformasi sosial dengan pembentangan penemuan baharu, pandangan dan pengalaman pelbagai pihak dalam  kajian Kearifan Tempatan (KT) dari seluruh pelosok dunia.
 
“Kearifan Tempatan merujuk kepada disiplin ilmu dan kepakaran yang berasal daripada budaya asli tempatan yang berkembang sejak zaman silam dan telah dipraktikkan sebagai sebahagian daripada cara hidup masyarakat dan kajian bertujuan memudahkan proses transformasi sosial melalui perubahan paradigma yang ditangani oleh epistemologi tempatan,” katanya.
 
Objektif persidangan adalah untuk mengkaji ilmu tempatan dan menempatkannya ke dalam bentuk pengetahuan baharu, menggalakkan pemeliharaan dan pemuliharaan Kearifan Tempatan, menyediakan wahana bagi perkongsian ilmu dan wacana tentang Kearifan Tempatan, mendokumentasi isu baharu dan penyelidikan tentang Kearifan Tempatan dan mensinergi ilmu Kearifan Tempatan dengan bentuk ilmu yang lain.
 
Subtema bagi persidangan ini adalah Antropologi, Bahasa dan Kesusasteraan, Kearifan Tempatan dan Teknologi, Kearifan Tempatan dan Sains, Kearifan Tempatan dan Pentadbiran, Kelestarian, Kearifan Tempatan Kontemporari, Pemindahan Ilmu, Pemuliharaan / Pemeliharaan, Pendidikan, Pengurusan Pengetahuan, Persembahan dan Kebudayaan, Perubatan Tradisional, Sejarah, Sistem pengetahuan, Epistemologi dan Model dan sebarang tajuk dan tema yang berkaitan 
 
Abstrak tidak melebihi 250 patah perkataan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu, menggunakan Times New Roman, saiz fon 12, jarak baris 1.5, birai kiri dan kanan 2.5 sm, jenis fail MS Office Word manakala kertas kerja penuh antara 15-20 halaman, dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu, menggunakan Times New Roman, saiz fon 12, langkau 2 baris, birai kiri dan kanan 2.5sm, jenis fail MS Office Word. Sertakan juga biodata penulis antara 50-100 patah perkataan.
 
Tarikh akhir serahan adalah Serahan abstrak (30 Mac 2016), makluman penerimaan abstrak (29 April 2016), serahan kertas kerja penuh (30 Jun 2016), pendaftaran akhir dan pembayaran yuran (30 Jun 2016).
 
Yuran persidangan bagi peserta Malaysia RM 800 (pembentang), RM 600 (peserta bukan pembentang dan pelajar) manakala peserta antarabangsa USD 350 (pembentang), USD 250 (peserta bukan pembentang dan pelajar) dan yuran persidangan meliputi bahan persidangan, makan tengah hari, minum pagi dan minum petang sepanjang persidangan.
 
Bayaran boleh dibuat melalui Pembankan dalam talian dan merujuk kepada laman web ICLK, mesin deposit tunai CIMB Bank Berhad no akaun 98986100300003 (Swift Code CIBBMYKL) manakala boring transaksi dalaman iaitu borang Q untuk peserta USM juga disediakan dan bukti pembayaran yuran perlu di emel (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) atau faks kepada sekreatariat sebelum 30 Jun 2016.
 
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
  • Created on .
  • Hits: 1040

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024