USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SOM FAIR ERATKAN HUBUNGAN PELAJAR USM

USM, PULAU PINANG, 18 Mac 2016 – Karnival Pusat Pengajian Pengurusan (SOM Fair) 2016 yang diadakan di Tapak Ekspo Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menjadi landasan untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar USM.

Berucap merasmikan program tahunan tersebut, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat), Profesor Dato’ Dr. See Ching Mey berkata, program ini dapat mempamerkan keupayaan dan kemahiran kepimpinan pelajar USM dalam organisasi.

“Saya berharap agar SOM Fair 2016 dan SOM Megathon akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat awam dan ahli-ahli USM,” kata See Ching Mey.

Tambahnya lagi, pelajar USM bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah mereka mampu menganjur, mengatur strategi, merancang dan melaksanakan inisiatif-inisiatif yang bermakna dan menyumbang kepada keseluruhan pembangunan latihan.

Pengarah Projek, Ang Tau Ping berkata, SOM Fair ini merupakan acara tahunan bagi pusat pengajian mereka. Antara aktiviti menarik yang bakal dijalankan adalah larian SOM Megathon.

“SOM Megathon adalah satu idea baru yang diletakkan sebagai aktiviti utama dalam Program SOM Fair 2016. Ianya bertujuan mengeratkan dan memperkukuhkan lagi persahabatan antara ahli USM dan masyarakat awam,” jelas Ang Tau Ping.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Timbalan Dekan (Penyelidikan Siswazah & Jaringan) Pusat Pengajian Pengurusan, Profesor Madya Dr. Hooy Chee Wooi serta pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar Pusat Pengajian Pengurusan.

Teks: Nur Qutreen Nada Mahamud (Pelajar Internship USM) 

  • Created on .
  • Hits: 896

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024