USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PASANGAN ADIK-BERADIK DAN SUAMI-ISTERI ANTARA PENERIMA APC

IMG 0354vb

USM, PULAU PINANG, 21 Mac 2016 – Akademia Universiti Sains Malaysia (USM) dua bersaudara, Profesor Datuk Dr. Omar Shawkataly dan adiknya, Profesor Datuk Dr. Abdul Khalil Shawkataly adalah antara kakitangan cemerlang yang diraikan dalam Majlis Penghargaan Universiti di sini semalam.

Omar yang juga Ahli Lembaga Gabenor Universiti dan Abdul Khalil dipilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) atas sumbangan besar dalam membantu memacu kecemerlangan Universiti. 

12088178 1681087478845259 1556359919690273265 n

Dalam pada itu, pasangan suami-isteri, Mohammad Shafiq Abdul Aziz dan Bazilah Mohamad Zaki, masing-masing Pegawai Tadbir di Pejabat Naib Canselor dan Hal Ehwal Pelajar & Alumni turut berkongsi keterujaan menerima APC secara bersama.

“Kami terharu dengan penghargaan yang diberikan pihak Universiti dan akan menjadikan kejayaan ini sebagai satu motivasi untuk kami terus berkhidmat dengan lebih efektif dan cemerlang.

“Kami juga akan meningkatkan ilmu pengetahuan sejajar dengan hasrat universiti untuk melihat semua staf mempunyai ilmu yang tinggi dalam mentadbir sebuah menara ilmu,” kata Mohammad Shafiq.

IMG 0397hj

IMG 0422vb

Dalam pada itu, Majlis Penghargaan Universiti buat julung kalinya diadakan serentak merangkumi Anugerah Jasamu Dikenang yang menghargai kakitangan USM yang telah bersara.

Majlis turut memuatkan Anugerah Sanjungan Budi untuk kakitangan mencapai tempoh perkhidmatan selama 25 tahun di USM serta APC untuk mengiktiraf perkhidmatan yang cemerlang oleh kakitangan di pelbagai peringkat.

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman berkata, penggabungan acara ini adalah  suatu inovasi baru dalam pentadbiran Universiti, selain menghimpunkan keluarga besar USM dalam suasana yang meriah.

Majlis berkenaan juga menyaksikan penganugerahan kepada 155 penerima Anugerah Jasamu Dikenang, 56 penerima anugerah Sanjungan Budi dan 382 penerima APC.

Teks: Marziana Mohamed Alias / Foto: Zamani Abd. Rahim

  • Created on .
  • Hits: 1446

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024