USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

IAN LEONDY BELL TERTARIK DENGAN KEMUDAHAN SUKAN USM

IMG 20160326 WA0038

USM, PULAU PINANG, 20 Mac 2016 – Kemudahan sukan yang bertaraf tinggi dan bermutu Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi antara faktor penyumbang dalam melahirkan Ian Leondy Bell, 24, sebagai atlet negara. 

Bekas pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor itu menceburi aktiviti sukan air sejak berumur 11 tahun.

“Saya mengenali USM menerusi rakan senior yang menjadi jurulatih renang di USM,” kata pelajar tahun keempat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi itu.

Kemudahan kolam renang yang disediakan telah menjadi landasan kepada pencapaiannya membawa pulang 7 emas dan 3 perak sekali gus menjadikan Ian dinobatkan Olahragawan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2012. 

“Jurulatih USM yang berpengalaman dan berkemahiran telah menyuntik teknik-teknik sukan renang yang membantu dalam merealisasikan bakat dan potensi diri saya dalam bidang sukan renang ini,” tambah Ian lagi yang kini sedang menjalani Latihan Industri di Syarikat Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Sabah.

Menurutnya lagi latihan insentif tambahan yang disediakan oleh USM kepada para perenang memberi perangsang untuk melibatkan diri dalam lebih banyak pertandingan renang pada masa akan datang. 

Teks: Nandhini Thiagaraja (Pelajar Internship USM)

  • Created on .
  • Hits: 982

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024