USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM-RIKKYO UNIVERSITY JEPUN KONGSI KEPAKARAN PELANCONGAN

USM, PULAU PINANG, 20 Mac 2016 – Kluster Penyelidikan Pelancongan Lestari (STRC) Universiti Sains Malaysia (USM) bersama-sama Rikkyo University Tokyo, Jepun menganjurkan ‘International Symposium On Migration And Tourism Infrastructure In Global Cities’ di sini baru-baru ini untuk berkongsi dapatan penyelidikan di antara kedua-dua buah universiti.

Menurut Ketua Kluster STRC, Profesor Dr. Badaruddin Mohamed, simposium ini menjadi medan perkongsian ilmu untuk meligat hasil-hasil kajian dibahaskan dalam isu-isu migrasi yang mempunyai hubungan rapat dengan pelancongan yang lestari.

“Simposium ini adalah kali pertama diadakan di Malaysia dan USM  dipilih sebagai tuan rumah disebabkan STRC USM aktif dalam kajian pelancongan, manakala Rikkyo University aktif dalam kajian migrasi, maka, berlakunya penggabungan tema antara pelancongan dan migrasi,” kata Badaruddin.

Jelasnya, STRC mempunyai kumpulan penyelidikan yang aktif dan multi-disiplin yang sentiasa meligat isu-isu yang berkaitan dengan kelestarian dari pelbagai disiplin.

"STRC berhasrat menjadi sebuah Pusat Penyelidikan dalam Kelestarian Pelancongan pada tahun ini," katanya lagi.

Dalam pembentangan kertas kerjanya, Badaruddin menjelaskan pertambahan pekerja asing turut berlaku apabila berlakunya migrasi.

Pertambahan pekerja asing di Malaysia merupakan satu fenomena yang tidak sihat bukan sahaja disebabkan isu kesihatan, malah, turut melibatkan isu kualiti dan keaslian perkhidmatan yang sepatutnya ditawarkan oleh warganegara Malaysia kepada pelancong dan bukannya ditawarkan oleh pekerja asing dari negara yang lain.

Tambahnya, fenomena sedemikian merupakan tidak lestari dan harus dipandang serius.Seramai 58 orang menyertai simposium ini. Antara pembentang dalam simposium ini adalah Profesor Kazuaki Kurita, Profesor Guoqing Du, Profesor Tetsuo Mizukami dan Mitsuko Ono dari Rikkyo University.

Teks: Loh Mei Fang (Pelajar Internship USM)

  • Created on .
  • Hits: 746

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024