USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MALAM KEBUDAYAAN CINA KAMPUS KESIHATAN MERIAH

1458605861359

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 18 Mac 2016 -  Seramai 1,500 orang memenuhi Dewan Utama Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) bagi menyaksikan persembahan Malam Kebudayaan Cina yang dianjurkan oleh Kelab Wushu Kampus Kesihatan yang  diuruskan sepenuhnya oleh para pelajar.

Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Profesor Dr. Adam Husein  merasmikan program tersebut berkata, kejayaan menganjurkan program besar seperti ini amat membanggakan apatah lagi segala hiasan dan perjalanan program dilaksanakan oleh pelajar tahun dua manakala persembahan pentas pula dimonopoli oleh pelajar tahun satu.

“Apa yang lebih menarik, program ini mendapat sokongan daripada organisasi luar seperti Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan yang turut menjadi penganjur bersama.  USM amat mengalu-alukan sokongan sebegini.

1458605861929

"Dalam proses melahirkan seorang yang matang pada masa hadapan, mereka bukan sahaja perlu cemerlang dari segi akademik tetapi juga perkara-perkara lain seperti tanggungjawab sosial,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Presiden Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan Oie Poh Choon berkata, semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh para pelajar membuatkan beliau tidak teragak-agak untuk menjadi penganjur bersama dalam menjayakan Chinese Cultural Night untuk kali yang ketiga berturut-turut.

“Tenaga muda yang menggerakkan program sebegini sangat diperlukan kerana inilah caranya memperkenalkan kebudayaan masyarakat Cina kepada generasi masa kini menerusi persembahan pentas serta hiasan yang disediakan untuk menarik golongan muda untuk bersama," katanya.

Tambahnya lagi, USM bertuah mempunyai pelajar yang sentiasa terkehadapan dalam program sebegini apatah lagi melihat kepada sambutan dari pelbagai kaum yang turut sama memeriahkannya menunjukkan bahawa kita semua saling menghormati budaya masing-masing,” tambahnya lagi.

1458605862673

Program selama tiga jam itu diisi dengan persembahan tarian singa, tarian moden, tarian tradisional, sketsa, drama, diabolo, wushu dan gendang Cina. 

Teks:  Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto:  Muhd Zulkifli Zakaria

  • Created on .
  • Hits: 752

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024