USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KEPELBAGAIAN BUDAYA JADI TARIKAN PELAJAR USM

10003528 969940719690241 8839053226527097926 n

USM, PULAU PINANG, 19 Mac 2016 – Kepelbagaian masyarakat, berlainan budaya serta wujud perbezaan nilai pemikiran telah menjadi sebab utama kepada Badrul Muhaymin Badrul Munawir, 23, untuk menyambung pengajiannya di Universiti Sains Malaysia (USM).

Badrul yang merupakan bekas pelajar pengurusan maklumat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Merbok, Kedah, berpendapat bahawa persekitaran budaya dan sosial di USM tidak terhad kepada satu bentuk pemahaman sahaja.

“Saya dapat lihat kebanyakan pendapat serta pandangan yang diutarakan oleh pelajar USM secara asasnya membentuk satu cara pemikiran yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Ianya kerana di USM, terdiri daripada masyarakat yang berbeza budaya dan sosial,” jelas Badrul.

Katanya, masyarakat yang berbilang budaya ditambah pula dengan pelajar antarabangsa dari pelbagai negara menjadi faktor yang kuat kepada Badrul untuk menyambung pengajiannya di USM pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan.

“Saya merasakan masyarakat yang mempunyai perbezaan bahasa, budaya dan agama dapat membentuk satu aliran pemikiran yang meluas. Ianya sudah tentu tidak terhad kepada satu nilai pemikiran sahaja,” tambahnya.

Badrul yang bakal menamatkan pengajiannya 2 tahun lagi, telah memilih USM kerana ingin meningkatkan penguasaannya dalam berkomunikasi di samping dapat menerapkan nilai budaya dan sosial masyarakat lain kepada dirinya.

Teks: Nur Qutreen Nada Mahamud (Pelajar Internship USM)

  • Created on .
  • Hits: 1032

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024