USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

LARIAN MEGATHON 2016 PROMOSI AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

USM, PULAU PINANG, 20 Mac 2016 - Budaya bersukan dan amalan gaya hidup sihat diteruskan lagi oleh PP Pengurusan Universiti Sains Malaysia (USM) melalui penganjuran SOM Megathon 2016.

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Profesor Dato' Dr. See Ching Mey berkata, program Megathon 2016 ini amat bermakna kerana mengetangahkan salah satu agenda USM dalam mempromosikan gaya hidup sihat dan senaman.

Terdahulu beliau merasmikan program ini yang julung-julung kalinya diadakan oleh PP Pengurusan USM.

Sementara itu, Dekan PP Pengurusan, Profesor Dr. Fauziah Md Taib pula mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat menganjurkan acara kelolaan pelajar ini yang kali pertama dianjurkan di USM dengan perancangan serta perbelanjaan yang dicari sendiri melalui penajaan syarikat-syarikat luar.

"Penganjuran program sebegini juga menunjukkan bahawa apa yang dipelajari di dalam kelas berkaitan pengurusan acara diaplikasikan ke dalam bentuk program sebesar ini justeru ini merupakan satu petanda positif bagi PP Pengurusan," katanya.

SOM Megathon merupakan pesta larian waktu malam dan merupakan pertama kali menggabungkan kombinasi 5 tema iaitu Buih, Belon, Zombi, Muzik dan Glow dalam lariannya.

Jarak larian adalah sejauh 5km di dalam kampus USM disertai oleh 500 orang peserta yang bermula dan berakhir di Stadium USM.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 905

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024