USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HOMELESS HELPERS 1.0 - 'KIT KEPERLUAN' UNTUK GELANDANGAN

10259451 785330138278045 908838261149952099 n

PULAU PINANG, 19 Mac 2016 - Keprihatinan para pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) terhadap golongan gelandangan diteruskan lagi dengan program Homeless Helpers 1.0.

Menurut Pengarah Projek, Rasis Muhamad Rosdi, konsep dan keunikan kali ini berbeza dengan konsep pemberian makanan kepada gelandangan seperti selalu dilakukan.

"Kali ini para sukarelawan akan memberi 'kit keperluan' yang terdiri daripada berus gigi, ubat gigi, tuala, sabun dan sebagainya kepada gelandangan di sekitar Georgetown Pulau Pinang," katanya yang juga Naib Yang Dipertua 1 Majlis Perwakilan Pelajar USM.

Tambah Rasis, program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang oleh MPPUSM supaya ianya sentiasa lestari dan disokong oleh masyarakat kerana ianya berimpak tinggi dan salah satu kebajikan sosial yang dapat ditonjolkan para pelajar buat komuniti kurang bernasib baik ini.

Projek Homeless Helper 1.0 merupakan anjuran bersama MPPUSM dan Persatuan Ilmu Pendidikan (PIP) USM dan disertai seramai 70 orang pelajar dari kalangan MPPUSM, Kor Sukarelawanan dan PP ilmu Pendidikan.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1015

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024