USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MBK 2016 LESTARIKAN SENI BUDAYA WARISAN DAN PERPADUAN

IMG 0028h

USM, PULAU PINANG, 19 Mac 2016 - Malam Bumi Kenyalang (MBK) 2016 yang berlangsung dengan gilang-gemilang bukan hanya pentas untuk berhibur tetapi yang lebih utama ianya melestarikan seni budaya warisan kita sebagai masyarakat Malaysia.

Demikian kata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein ketika merasmikan MBK 2016 kelmarin di Dewan Tuanku Syed Putra USM yang disertai oleh 9 Univeraiti Awam iaitu USM, UTHM, UUM, UPSI, UPM, UTeM, UNIMAP, UiTM dan UMT.

Menurut Adnan, pihak universiti menyokong penuh program dan inisiatif sebegini kerana ia meningkatkan semangat perpaduan serta kelebihan mengenali budaya Sarawak justeru ikatan akan terbina antara para peserta dengan lebih kukuh.

IMG 0098h

Pun begitu katanya, kejayaan pelajar memimpin dan menggerak program ini adalah lebih bermakna dalam mewujudkan perpaduan yang menjadi platform mendedahkan fahaman etnik sarawak kepada umum.

"Hubungan antara universiti juga dapat dieratkan dalam mengekalkan tradisi sebegini kerana setiap universiti terlibat mempunyai kreativiti masing-masing dalam penyampaian mesej melalui persembahan," tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Projek MBK 2016 Adam Abu pula berkata, MBK 2016 yang merupakan penganjuran tahun ke-6 ini mengetengahkan budaya Sarawak malah sebagai pendorong kepada semangat persaudaraan di kalangan mahasiswa-mahasiswi Sarawak dari pelbagai universiti di Malaysia.

kenyalang 1

Tambahnya, program ini telah mengangkat martabat kaum dan etnik di Sarawak melalui persembahan tarian serta semangat bekerjasama antara satu sama lain.

Juara kategori tarian dimenangi oleh UPSI diikuti tempat kedua dan ketiga oleh masing-masing UiTM dan UPM manakala Kumang Kenyalang terbaik diraih oleh UPM dan Keling Kenyalang terbaik diraih oleh USM. Selaku juara UPSI memenangi wang tunai RM1000, piala, hamper dan sijil.

Seramai hampir 1500 membanjiri DTSP sempena MBK anjuran Persatuan Anak Sarawak (PERKASA) USM ini yang bertemakan "Symphony of the land of hornbills".

Turut hadir ke program ini adalah Pengarah Pusat Media dan Perhubungan Awam Mohamad Abdullah, Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar BHEPA Dr. Nazarudin Zainun dan Pengurus Yayasan USM Fadzilla Bosman.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 980

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024