USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BUDDIES MENGINTEGRASI BUDAYA PELBAGAI NEGARA DI USM

10616213 527675907364886 1881979438288370728 n

USM, PULAU PINANG, 17 Mac 2016 –  Universiti Sains Malaysia (USM) memperkenalkan International Student Buddies (BUDDIES) yang berfungsi sebagai sukarelawan siswa dalam kalangan pelajar tempatan dan antarabangsa USM yang kini diselia dan dipantau oleh International Mobility and Career Centre (IMCC). 

Pada masa ini, seramai 40 orang pelajar menggotai Buddies yang bermula di USM sejak 2001 bagi mewujudkan interaksi antara pelajar antarabangsa dan tempatan terutamanya dari aspek pergaulan dan bahasa. 

Naib Presiden Buddies, Adi Yusran Mohamad Radzi, 25,berkata terdapat program pertukaran budaya iaitu International Culture Fiesta (ICF) yang memberi peluang kepada pelajar antarabangsa memperkenalkan budaya mereka kepada pelajar USM yang diadakan sebanyak dua kali iaitu di Kampus Kesihatan dan di Kampus Kejuruteraan dengan sambutan yang amat menggalakkan. 

“Buddies turut mengadakan aktiviti santai seperti ‘coffee hour class’ dengan pelajar luar negara, menjadi guru kepada pelajar tempatan yang mengajar bahasa asing seperti Finnish dan German. Aktiviti ini membantu pelajar untuk berkomunikasi dua hala menggunakan dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan bahasa asing untuk berinteraksi,” katanya. 

Penyertaan Buddies terbuka kepada semua pelajar USM yang berminat untuk menyertainya dan tiada yuran dikenakan. Pelajar yang berminat perlu menghadiri temuduga. Hebahan dan maklumat mengenainya akan dibuat melalui laman sosial Facebook Buddies USM.

Teks : Nur ‘Izzah ‘Atira bt Muhamad Nazmi (pelajar internship USM)

  • Created on .
  • Hits: 815

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024