USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ARTIS DAN KOMPOSER TERKENAL HADIR KONSERT AKUSTIKA BPCG

10347498 1730134547219978 4859536839721403792 n

USM, Pulau Pinang, 17 Mac 2016 – Majlis Penghuni Desasiswa Bakti Permai Cahaya Gemilang (BPCG) Universiti Sains Malaysia akan menganjurkan konsert  Akustika BPCG ‪pada 23 Mac 2016, ‪jam 8.00 malam di Dewan Tunku Syed Putra (DTSP). 

Bayaran masuk sebanyak RM5.00 akan dikenakan kepada yang hadir di samping mata MyCSD juga disediakan kepada pengunjung. Penganjur turut menyediakan caburan bertuah dan hadiah istimewa berupa Ipod Shuffle kepada pengunjung yang hadir paling awal. 

Menurut Pengarah Projek, Natasha Nabilah, Akustika BPCG ini julung kali diadakan secara besar-besaran berikutan gabungan dua buah desasiswa dan juga pertambahan peserta. 

“Penyertaan pada kali ini amat menggalakkan kerana terdapat 15 hingga 20 kumpulan yang akan berentap. Yuran penyertaan bagi kumpulan adalah RM20.00 dan individu RM10.00. Manakala hadiah bagi juara adalah RM400, naib juara RM300 dan tempat ketiga RM200,” jelasnya.


Tambahnya lagi, sempena Sambutan Hari Wanita penganjur juga menyediakan tempat duduk khas tertentu kepada wanita dan mereka yang bertuah akan menerima bunga sebagai penghargaan. 

Yang akan turut sama hadir adalah artis akustika, Ainan Tasneem yang akan menyampaikan empat buah lagu pada malam tersebut. Manakala juri jemputan ialah komposer terkenal Azmeer, Faizal dan Syamsul dari Pusat Pengajian Seni.  

Maklumat lanjut boleh didapati di Facebook Page AkustikaBPCG2016|USM dan instagram @AkustikaBPCG2016 serta hubungi Natasha di talian ‪013-6402806.  Teks : Nur ‘Izzah ‘Atira bt Muhamad Nazmi (pelajar internship USM)

 

  • Created on .
  • Hits: 795

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024