USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROGRAM ASSALAMUALAIKUM CINTA 3.0 BERI KEFAHAMAN KESEDERHANAAN ISLAM

IMG 20160317 WA0002

USM, PULAU PINANG, 16 Mac 2016 - Himpunan Anak-Anak Kelantan USM (HAAKUSM) dengan kerjasama Institut Wasatiyyah Malaysia dan Majlis Perwakilan Pelajar USM akan menganjurkan program Assalamualaikum Cinta 3.0 pada 27 Mac 2016 (Ahad), jam 8.00 malam di Dewan Tuanku Syed Putra USM.

Menurut Pengarah Projeknya Mohamad Amirul Abdullah, program berbentuk ceramah ini bertujuan menyampaikan dan menerapkan nilai-nilai kesederhanaan Islam sebagai platform untuk memberi kesedaran untuk melakukan kebaikan.

“Moderator bagi program ini adalah Da’I Hadhari Muhammad Tajdid Hadhari Romli yang akan  disertai sama  Imam Muda Nazrul, Nazrul Izwan Zolkiflee, Pencetus Ummah Taha  Omar dan Mohd Syahbuddin Hashim," kata pelajar tahun dua Pusat Pengajian Pengurusan itu.

Harga tiket adalah sebanyak RM4.00 bagi ahli dan RM5.00 bagi bukan ahli. Pertanyaan dan pembelian tiket boleh dilakukan di foyer dewan kuliah dan kafe desasiswa USM.

Turut diadakan pada hari yang sama mulai jam 2.00 petang  ialah Konvensyen Anak Muda secara percuma yang  akan dirasmikan oleh Pengarah Institusi Wasatiyyah Malaysia, Dato’ Haji Mohd Yusof Bin Din dan disertai ahli panel jemputan iaitu Timbalan Pengarah 2, Institut Wasatiyyah Malaysia Haji Mohd Fadzil Bin Omar Baki dan penceramah Institut Wasatiyyah Malaysia Profesor Dato’ Dr. Sidek Baba.

Maklumat lanjut layari laman Facebook (Official Haak USM), Instagram @official_haakusm dan Twitter @officialhaakusm.

Teks: New Gaik Siew (Pelajar Internship USM) / Foto: Official Haakusm

  • Created on .
  • Hits: 991

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024