USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JOM JEMAAH SUBUH DI MASJID

untitled678

Seluruh warga kampus dijemput untuk memenuhi segenap ruang masjid dalam Program "USM Berjemaah Subuh" pada hari Sabtu, 26 Mac 2016 ini di Masjid Al-Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia (USM).

Menurut Pengarah Pusat Islam Profesor Dato' Dr. Muhammad Idiris Saleh, program ini adalah sebahagian daripada Mosque Tour Week 2016 anjuran Pusat Islam USM pada 22-26 Mac 2016 yang bertujuan mendekatkan masyarakat dengan masjid.

"Program Solat Subuh perdana bertemakan "USM Berjemaah Subuh"  bertujuan membudayakan solat Subuh berjemaah dalam kalangan warga USM dalam menjana pembangunan QALBU bersesuaian dengan Rukun Nilai USM,"kata Muhammad Idiris.

Tambahnya lagi, selain itu usaha ini juga  bersesuaian dengan anjuran Islam agar solat Subuh berjemaah menjadi indikator kepada kejayaan umat Islam yang lampau seperti kejayaan generasi Islam pada zaman Salahuddin Al-Ayubi, Muhammad Al-Fatih dan ramai lagi seperti mana yang pernah dikaji dan disebut oleh para sejarawan.

  • Created on .
  • Hits: 768

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024