USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KARYA “NISYA KHALEED” TERUS CIPTA NAMA USM

1460190 1343211359037690 2578715231924659123 n

USM, PULAU PINANG, 15 Mac 2016 - Bersyukur dan secara sedar atau tidak, teater "Nisya Khaled" Universiti Sains Malaysia (USM) terus mencipta sejarah dan mendukung keistimewaannya yang tersendiri. 

Demikian ujar Pegawai Kebudayaan Unit Pembangunan Tater, Penerbitan dan Jaringan Komuniti Dewan Budaya USM Ahmad Bin Hashim atau nama penanya Senibayan.

Menurut Ahmad, inilah satu-satunya karya yang dipentaskan sebanyak 13 kali iaitu di Lambang Sari Istana Budaya, Perbadanan Labuan, Auditorium Dewan Budaya USM, LADA Langkawi, Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Universitas Sumatera Utara Medan Indonesia, Auditorium P.Ramlee JKKN P.Pinang, teater TV Unit Drama TV RTM, dan lain-lain lagi. 

“Cukup indah apabila karaktor "Nisya Khaleed" pernah digalas oleh 3 wanita berbeza bermula dengan Amalina Jamil dari USM yang pernah menggondol Pelakon Terbaik Festival Monolog Universitas Sumatera Utara 2013 dan Pelakon Terbaik Festival Teater Malaysia Pulau Pinang Kategori Monodrama 2014, diikuti pelakon jemputan gadis seberang Annisa' Armarosa dari UKM dan terkini Syahidatul Munirah dari USM yang juga Pelakon Wanita Terbaik Festival Teater Makum 2015 dalam kekuatan karaktornya yang tersendiri.

“Juga paling indah teater "Nisya Khaleed" versi monolog dan teater panjang telah memenangi 13 anugerah pada tahun 2012 hingga 2015 di peringkat negeri, kebangsaan dan di Indonesia dalam beberapa siri lomba dan sayembara dengan merangkul anugerah-anugerah Skrip Terbaik, Pelakon Terbaik, Pengarah Terbaik, Sinografi Terbaik, Johan dan Naib Johan antaranya Sayembara Menulis Skrip Monodrama DBP 2012, Festival Monolog Universitas Sumatera Utara Medan Indonesia 2013, Festival Teater Malaysia Kategori Monodrama Peringkat Negeri Pulau Pinang, Festival Teater Malaysia Kategori Monodrama Peringkat Kebangsaan (2014) dan Festival Teater MAKUM 2015,” katanya 

Tambahnya lagi, untuk kali ke 14, "Nisya Khaleed" di bawah anjuran Dewan Budaya USM, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Penang Opera dengan kerjasama Ibu Pejabat Biro Tatanegara akan beraksi di pentas Auditorium B1, Kompleks Jab tan Perdana Menteri Putrajaya pada 27 Mac 2016 pada jam 8.30 malam sebelum berangkat pula ke Yogjakarta dan Solo Indonesia pada Ogos akan datang. 

“Selagi tersusun izin dan restu, selagi terdaya,kuat dan mampu, karya ini akan terus terbang dan hinggap mengisi pentas dan waktu, dan kejayaan ini bukan milik peribadi tetapi adalah milik semua yang terlibat secara sepenuhnya serta adalah karya milik mutlak USM,” jelas lanjutnya.

​Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah​

 

  • Created on .
  • Hits: 937

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024