USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JOM MERIAHKAN MALAM CITRABAYU

Warga Universiti Sains Malaysia (USM) dan juga orang ramai dijemput memeriahkan Malam Citrabayu (MCB) kali ke-9 dengan tema “Tari Sepadu, Bayu Bersatu” iaitu pertandingan tarian Sabah yang melibatkan sejumlah peserta dari sembilan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Semenanjung Malaysia. 

Antara universiti yang akan bertanding ialah USM, Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Universiti Malaya (UM), Universti Selangor (UNiSEL), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). 

MCB yang akan diadakan pada hari Sabtu, 26 Mac 2016 di Dewan Budaya USM akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching dan turut dimeriahkan oleh Kumpulan Sada Borneo, peserta separuh akhir Asia’s Got Talent yang juga berasal dari Sabah. 

MCB adalah salah satu acara tahunan Perkumpulan Siswa Siswi Sabah Universiti Sains Malaysia (PERSIS USM) dan pada tahun ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah di Semenanjung (G3S) dan Pejabat Pembangunan Seni dan Budaya (Dewan Budaya USM).

PERSIS USM merupakan salah satu persatuan anak negeri di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM yang terdiri daripada 200 orang pelajar dari pusat pengajian yang berbeza.  Persatuan ini diwujudkan sebagai platform untuk menjaga kebajikan mahasiswa Sabah yang berada di USM. 

Tiket berharga RM7.00 boleh didapati di pintu masuk Auditorium Dewan Budaya USM atau hubungi :- 

Cik Noor Sanita Deevi Ansari

E: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

HP: 013-8897421

atau:

Laman Sesawang Facebook; Persis USM – Malam Citrabayu

Teks: Nur Qutreen Nada Mahamud (Pelajar Internship USM)

  • Created on .
  • Hits: 679

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024