USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

LARIAN EARTH HOUR KEMBALI LAGI

12219349 613035475519201 4550470026943345152 n

USM, PULAU PINANG, 14 Mac 2016 – Sekretariat Kampus Sejahtera Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Larian Earth Hour pada tahun ini yang bertemakan Hijau pada 26 Mac 2016, jam 8 malam di Padang Kawad USM.

Menurut Pengarah Projek, Nurul Amira Abdullah Sabri berkata, Larian Earth Hour merupakan aktiviti Program Tahunan USM. Ia adalah salah satu cara alternatif USM untuk menyokong kempen Earth Hour dunia.

“Program ini juga diharapkan dapat mendidik warga kampus tentang konsep amalan kecekapan tenaga di samping memberi pulangan penjimatan tenaga elektrik kepada pihak USM,” kata Amira.

Harga tiket larian bagi seorang individu adalah sebanyak RM3.00. Pendaftaran boleh dibuat di DK Foyer dari 14-24 Mac 2015, jam 9 pagi hingga 4 petang ataupun menerusi talian telefon, Whatsapp di 014-7244640 (Amira) dan 017-4070914 (Ezlin).

MyCSD juga akan turut diberikan kepada sesiapa yang menyertai larian Earth Hour tersebut dan penyertaannya hanya dibuka kepada pelajar USM sahaja.

Untuk maklumat terkini, ianya boleh didapati melalui laman Facebook; Kampus Sejahtera USM, Instagram; @kampus_sejahtera_USM dan Twitter; @KampusSejahtera.

Teks: Nur Qutreen Nada Mahamud (Pelajar Internship USM) 

  • Created on .
  • Hits: 924

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024